SEARCH

Wednesday, 22 November 2017

Assalamualaikum hi korang, hari ni Sis Ninja nak share lagi resepi yang menggunakan undang. Tapi kali ini bukan masakkan sambal. Tetapi kali ini resepinya berkuah. Resepi  UDANG MASAK LEMAK CILI PADI, ya Ampunn sedapnya, dengar pun dah sedap apantah lagi kalau dah makan. Tapi yang pastinya lagi sedap kalau makan air tangan sendiri terjamin kelazatan dan kebersihan makanan tersebut. Ok jom kita mulakan dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak UDANG MASAK LEMAK CILI PADI ini,
·         10 ulas bawang merah
·         5 ulas bawang putih
·         Segenggam cili padi
·         2 inci kunyit hidup
·         Belacan
( bahan-bahan diatas mestilah ditumbuk)

·         Udang- buang muncung tajam sahaja
·         1 tangkai cili merah-hiris halus
·         1 helai daun kunyit
·         Garam
·         santan
Ok selesai dengan bahan-bahan yang diperlukan , kita langkah pula kepada cara-cara untuk memasaknya pula,
  • 1.       Panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik baunnya.
  • 2.       Masukkan udang dan kacau seketika
  • 3.       Masukkan santan dan tunggu sehingga santan mendidih.
  • 4.       Akhir sekali, taburkan sedikit garam kedalam hindangan.





MasyaAllah senang , mudah dan cepat rakan-rakan. Apa lagi cuba lah, jangan tak cuba!!!! 

No comments:

Post a Comment

HTML Comment Box is loading comments...