SEARCH

Monday, 25 December 2017

PISANG GORENG

ASSALAMUALAIKUM SEMUA, HARI INI SIS NAK SHARE FAV RAMAI ORANG KETIKA MINUM PETANG. OK JOM BACA SAMPAI HABIS SUPAYA SEMUA TAHU RESEPI DARI SIS NINJA NI. 

Bahan-bahan:
Pisang (apa-apa jenis pisang)
2 cawan gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu gula
4 sudu besar minyak panas(betul-betul panas)
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1) Panaskan minyak untuk menggoreng.
2) Campurkan tepung gandum, gula dan garam.
3) Masukkan air secukupnya dan gaul biar sebati. Biar adunan pekat.
4) Masukkan minyak panas dan gaul sebati bersama adunan.
5) Celupkan pisang ke dalam adunan dan goreng sehingga keperangan atau garing.
6) Angkat dan sedia untuk dihidang.

ok settle . apa lagi cuba lah . senang gila kan? hah jom pratikkan.

ARCA NENAS


Assalamualaikum hi semua , hari ini sis Ninja nak share resepi ARCA NENAS. ok jom baca sampai habis untuk tahu bahan dan cara untuk buat ARCA NENAS ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:-
4 potong nenas - hiris nipis
1 biji timun - hiris nipis
1 biji cili merah - hiris serong nipis
1 biji cili hijau - hiris serong nipis
1 biji bawang besar - hiris nipis
1 sudu makan cuka
garam dan gula secukup rasa

Cara:
Campurkan semua bahan dan gaul rata. Sedia untuk dihidang.

AYAM MASAK MERAH


ASSALAMUALAIKUM SEMUA, HARI INI SIS NAK SHARE RESEPI YANG SELALU ORANG KAHWIN IAITU AYAM MASAK MERAH. OK JOM KITA TENGOK BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN. 
  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
  • ## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
  • ## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.
SETTLE BABESSS.. HAH APA LAGI JOM LAH CUBA RESEPI MUDAH NI. SELAMAT MENCUBA

chicken butter


Assalamualaikum readers sekalian, hari ini sis nak share resepi CHICKEN BUTTER yang belum diketahui ramai ini. Ok jom kita tengok cara dan bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan yang diperlukan:-

2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
2 sb butter
1 sb cili merah - cincang
2 chili padi - cincang
1 pelepah daun kari
Beberapa keping cheese
230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai
Secubit serbuk perasa ayam Knorr - opsyenal
Garam
Serbuk lada hitam

Bahan perap:
1 sk garam
1/2 sb sugar
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum
1 telur

Cara cara:
Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.

Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.

Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.

IKAN PARI MASAK ASAM PEDAS



Assalamualaikum hi semua, hari ini sis nak share resepi kegemaran ramai masyarakat Malaysia iaitu IKAN PARI MASAK ASAM PEDAS. Jom kita start.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :-

Bahan A :
  • 500 gram ikan pari ( dibersihkan )
  • 10 biji bendi
  • 1 biji tomato ( dipotong 4 )
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 5 tangkai daun kesum
  • 3 cawan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan B ( Dikisar ) :
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit

Cara Masak 

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.
  2. masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan ikan, garam, daun kesum, dan bendi. Kemudian biarkan sehingga mendidih lagi.
  4. Masukkan tomato perlahankan api, biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut.
  5. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih dan ikan masin.
Haa siap sudah resepi asam pedas ikan pari yang sangat simple. 

KERANG SAMBAL NINJA



Assalamualaikum hi semua, hari ini Sis nak share resepi salah satu favorite food sis, iaitu SAMBAL KERANG. Ok sis tak sabar sangat nak share resepi ini. ok jom kita start !!

Bahan-bahan yang diperlukan:-

1. Kerang yang telah dibuang kulit
2. 3 biji bawang merah 
3. 6 ulas bawang putih
4. senggengam cili kering
5. cili merah dalm 4-5 tangkai
6. garam
7. minyak
8. asam keping


CARA-CARANYA:-

1. Blend 2 biji bawang merah, bawang putih dan cili kering. kemudian ketepikan
2. Panaskan minyak. tumis 1 biji bawang merah yang telah dihiris halus bersama cili merah.
3. Apabila tumisan sudah kekuningan, masukkan bahan yang telah diblend tadi.
4. Tumis sehingga pecah lemak, kemudian masukkan asam keping.
5. Masukkan garam.
6. last sekali masukkan kerang. gaul sehingga rata dan masak.

Final step, hindang kan dengan penuh kasih sayang. SELAMAT MENCUBA 

CARROT SUSU


Assalamualaikum hi readers sekalian, Today sis Ninja nak share macam mana nak buat CARROT SUSU, ok before that sis ninja nak share kelebihan minum carrot susu ni, antaranya boleh cantikkan kulit dan boleh sihatkan mata tau. ok dah jom kita tengok bahan dan cara untuk buat carrot susu ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:-

1. sebiji carrot yang telah dibuang kulit
2. susu 3 sudu besar
3. Ais
4. air suam 1 cawan 

cara-cara :-

Gunakan blender BUAH, ataupun guna blend biasa pun boleh.*

1. masukkan lobak merah kedalam blend
2. masukkan susu dan air sekali.
3. blend sehingga hancur.
4. selepas blend tuang kedalam cawan dan isi ais kedalamnya.

Siap. jom cuba minuman sihat ini.


HTML Comment Box is loading comments...