Assalamualaikum hi
semua pembaca kesayangan Sis Ninja. Harap semua dalam keadaan sihat belaka. Macam
biasa, dihari yang baru, sis akan share resepi yang baru dekat readers
kesayangan Sis Ninja ini. Ok hari ini sis Ninja nak share resepi Ayam Masak
Kurma. Ok jom kita start !!!!
BAHAN-BAHAN YANG
DIPERLUKAN:-
1. Ayam
2. 4 ulas bawang merah yang telah dihiris
3. 4 ulas bawang putih yang telah dihiris
4. Sebiji bawang besar yang telah dipotong 4
5. 2 biji ubi kentang
6. Sebiji buah tomato yang telah dipotong 2
7. Rempah tumisan-bunga lawang, kayu manis,buah pelage
8. 3 sudu besar rempah kurma
9. 1 kotak santan-campur air secukupnya
1. Garam
1. Gula
1. Serbuk perasa
1. Asam keping
1. 1 sudu teh kerisik
BAHAN KISAR
1. 4 ULAS BAWANG MERAH
2. 1 INCI HALIA
CARA-CARA MEMASAK:-
1. Panaskan minyak, tumis rempah tumis, bawang
merah dan bawang putih yang telah dihiris sehingga kekuningan
2. Masukkan bawang merah dan halia yg dikisar.
3. Masukkan rempah kurma dan tumis sehingga
rempah kurmaa tadi berminyak.
4. Masukkan ayam,bawang besar dn ubi kentang.
5. Masukkan santan dan air secukupnya.
6. Masukkan garam, gula,kerisik dan asam keping
7. Lastly, masukkan tomato. Kemudian tunggi kuah
naik minyak cantic, boleh dah tutup api.
Hah siap, apa lagi. Jom lah cuba resepi ayam masak kurma versi ninja ini. Selamat mencuba kekawan sekalian. :*