Assalamualaikum and Hi readers.
Hari ini kakaks Ninja nak share masakan western pula dekat you guys. Macam biasa yang mudah, senang dan cepat disediakan yang pastinya bahan-bahan yang digunakan mudah dijumpai dan harga berpatutan. Hari ini Kakaks Ninja nak share macam mana nak masak Spaghetti Bolognese Ninja ni. Ok jom kita start dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk masak Bolognese Ninja ni.
Bahan-bahan yang diperlukan:-
- Spaghetti jenama apa sahaja
- Sos Prego perisa Cendawan
- Bawang Putih yang telah dipotong hiris
- Bawang Merah dipotong hiris
- cili tak perlu banyak
- Garam 1 sudu teh
- air 1 cawan
- Nugget Tempura yang dicincang halus
Ok settle about bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi ini. Sis nak habak sat, boleh je pakai spaghetti jenama apa sahaja pun, sos prego pun boleh pakai apa sahaja brand dan nugget tempura tu boleh je digantikan dengan daging cincang or ayam cincang ataupun sosej yang telah dicincang ikut cita rasa masing-masing. Ok dah tak mau cerita panjang jom kita start dengan cara-cara nak masak pula.
- Mula-mula sekali celurkan mee spaghetti kedalam periuk panas yang berisi air. Celur selama 10-15 minit. Sudah lembut angkat dan sejukkan.
- Panaskan kuali kemudian tuang minyak tunggu sehingga minyak sudah mengelegak
- Masukkan cili, bawang merah dan putih kedalam kuali tumiskan sekali dan tunggu sehingga kekuningan.
- Kemudian, masukkan nugget tempura yang telah dicincang halus kedalam kuali dan tunggu sehingga masak.
- Selepas itu masukkan sos prego kedalam kuali serta air kedalamnya.
- ,Masukkan garam. Tunggu sehingga kuah mendidih dan siap dihidangkan.
- Last step, letakkan mee spaghetti kedalam pinggan dan tuangkan sos prego yang telah siap dimasak tadi.
Ok siap boh !!! Apa lagi you guys should try this! Senang gila kan? Sis tak guna bajet yang banyak pun untuk buat spaghetti ni. Sis tetap akan share masakan yang kurang bajet yang bersesuaian dengan ekonomi negara kita ini. Ok selamat mencuba dan jumpa lagi di post yang seterusnya !!!