Welcome to our blog!! Hello everyone, our blog is the place where we share our simple recipes for students to cook daily <3 ENJOY!!!!!
SEARCH
Sunday, 24 December 2017
BAYAM AIR
Assalamualaikum, hi semua. Hari ini Sis Ninja nak share resepi Bayam Air dekat uguys semua. Ok jom kita tengok bahan dan caranya.
Bahan-bahan:-
1. Bayam yang dipotong kecil
2. ikan bilis yang telah dibuang tahi
3. bawang merah 1 biji
4. bawang putih 3 ulas
5. cili merah dipotong kecil
6. garam secubit
7. air 3 cawan
8. minyak masak
Cara-cara:-
1. panaskan minyak. tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan
kemudian masukkan garam
2. masukkan bayam yang telah dipotong tadi kedalam kuali
3. masukkan air
4. masukkan ikan bilis
5. last sekali masukkan cili merah tadi.
6. Rebus sehingga masak dan siap dihindangkan.
yeahh mudah dan cepat. jom kekawan cuba.
SELAMAT MENCUBA !
MEE GORENG CAMPAK NINJA
Assalamualaikum hi semua, hari ini sis nak share resepi baru. Resepi ini boleh dimasak waktu breakfast dan makan petang. ok jom kita tengok bahan dan cara yang diperlukan untuk masak MEE GORENG CAMPAK NINJA ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:-
1, Mee kuning
2, Tauge yang telah dicelur
3, Sayur kangkung
4, fish ball
5, Minyak masak
6, Lobak merah
7, Isi ayam
8, serbuk cili kering
9, cili api
10, bawang merah 1 biji
11, bawang putih 4 ulas
12, garam
13, kicap manis
Cara-cara memasaknya:-
1, blend cili api,bawang merah dan bawang putih.
2, Panaskan minyak didalam kuali
3, tumis bahan yang telah di blend tadi, isi kicap sedikit bagi tumisan hitam
4, Masukkan secubit garam
5, tunggu sehingga bahan tumisan sudah pecah lemak
6, masukkan isi ayam
7, masukkan mee kuning kedalam kuali
8, masukkan lobak merah, kangkung dan fish ball kedalam kuali sekali. gaulkan sekata
9, tuang kicap sehingga mee menjadi gelap
10, taburkan sedikit serbuk cili kering
yeahhhh finally siap untuk dihindang kepada keluarga tersayang. <3
sambal sotong
Assalamualaikum and hi semua, macam biasa, hari ini sis nk kongsikan resepi baru. Bukan ayam, bukan ikan, bukan udang tp nk kongsi resepi yang menggunakan bahan mentah iaitu sotong. Ok hari ini sis nak share resepi Sotong masak Sambal ninja 🐙.
Ok jom kita tengok bahan2 yang diperlukan.
Bahan2 yang diperlukan :-
1. Sotong
2. Cili kering sengenggam
3. Bawang merah 3 biji
4. Bawang putih 6 ulas
5. Garam secukup rasa
6. Minyak masak
7. Daun limau purut
8. Air asam
Cara- cara memasaknnya :-
1. Blend bawang merah 2 biji, bawang putih
3 ulas, dan cili kering.
2. Panaskan minyak didalam kuali.
3. Tumis sebiji bawang merah, 3 ulas bawang putih. Sehingga naik bau
4. Masukkan bahan yang telah di blend tadi
Kedalam tumisan. Tunggu sehingga
Pecah lemak.
5. Masukkan garam dan air asam.
6. Masukkan sotong.
7. Masukkan daun limau purut
Alhamdulillah siap pun. Mudah kan ? Jom lah cuba!! Senang je.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera !
Subscribe to:
Posts (Atom)