SEARCH

Friday, 24 November 2017

COOKING NINJA ???

  

Assalamualaikum readers sekalian, hari ini sis Ninjas bukan nak share resepi dekat you guys, tetapi ingat membuat perkenalan tentang blog Sis Ninjas ini. Pasti ramai tertanya-tanya kenapa sis menggunakan konsep Ninja sebagai theme blog ini, dan pasti tertanya kenapa sis membahasakan diri siS"Ninja". dan pasti juga ada yang tertanya kenapa nama blog ni COOKING NINJA. HAHHH untuk post kali ini, sis akan menerangkan segalanya......

1. MENGAPAKAH MENGGUNAKAN KONSEP NINJA SEBAGAI TEMA BLOG ?
 
   -Sis menggunakan tema ninja kerana Sis amat berminat dengan Ninja since dari kecil lagi, selalunya kita akan melihat ninja berlawan dan akan menggunakan senjata seperti pedang dan seangkatannya, so di Negara yang aman seperti Malaysia ini, tidak  mungkin sis nak menggunakan konsep Ninja berlawan sedangkan tiada orang jahat disini. Makanya sis menggunakan Konsep Ninja ini didalam blog. So didalam blog ini, para readers sekalian mampu melihat Ninja beraksi dengan sudip, kuali, pisau, blender dan seangkatannya lagi. Sis nak buat keunikkan dalam Konsep Ninja. >.<


2. BERAPAKAH ORANG PENULIS BLOG INI DAN SIAPAKAH ?

   - Ok sebenarnya blog ini mempunyai 3 owner, mereka diberi nama SALINA AZIZ, SHARIFAH LUTHFIAH DAN ILYA INTAN IZWYNA. Masing-masing mempunyai peranan tersendiri didalam blog ini.

3. SIAPAKAH MEREKA BERTIGA INI? 

  -Mereka bertiga ini adalah merupakan pelajar dari  UNIVERSITI SELANGOR dan mereka membuat blog ini dibawah subjek WRITING FOR MEDIA. 

4. BIODATA PENULIS?

   - Tak lama lagi sis akan membuat 1 post mengenai biodata penulis, nantikan !!!!

ok sampai sini sahaja... sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan comment. JUMPA LAGI DI POST YANG AKAN DATANG !!!



AIR BATU CAMPUR NINJA



Assalamualaikum readers yang disayangi, HI !!!!! hari ni sis buat comeback dengan resepi yang lain dari kebiasaanya, Hah sis nak kongsi tips Cara nak buat AIR BATU CAMPUR NINJA (ABCN)
YASSS!!!!! lAIN dari resepi sebelum ini bukan? Hah apa yang best tentang ABC ni, ye best dan sedap dimakan ketika panas terik. sis nak kongsikan dekat korang resepi ABC Ninja ni supaya korang pun tahu cara nak buat ABC ni bukan sahaja pandai makan malah pandai membuatnya. Jangan risau resepi ABC Ninja ini tidak susah dan bahan-bahannya pun mudah sahaja dicari. ok tak mau panjang cerita jom kita ke bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat AIR BATU CAMPUR NINJA ini. JOM START !!!

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :-
  • JAGUNG
  • KACANG
  • AIS
  • CINCAU
  • CENDOL HIJAU
  • GULA MERAH
  • SUSU PEKAT
  • SUSU CAIR
  • BUAH SAGU
  • AIS KRIM COKLAT
  • SIRAP PEKAT
OK SETTLE DENGAN BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN, KITA START TERUS DENGAN CARA-CARA MEMBUATNYA.....

  1. First of all, kisar ais batu dalam 1 cawan besar sehingga aisnya hancur.
  2. kemudian, masukkan ais tadi ke dalam cawan atau mangkuk yang bersesuaian.
  3. selepas itu letakkan gula merah dalam 2 sudu besar
  4. letak susu pekat dalam 3 1/2 sudu  besar
  5. next, letak susu cair 2 sudu besar.
  6. kemudian, letak kacang, jagung, cincau, cendol dan buah sagu tin keatas ais mengikut kemahuan anda.
  7. Seterusnya, letakkan sirap dalam 3 sudu besar, kemudian letak ais krim keatasnya.
LALU SIAP DIHINDANG DAN DIJAMU... MUDAH DAN TAK SAMPAI 5 MINIT SIAP !!!! CUBALAH JANGAN TAK CUBA !!!.
HTML Comment Box is loading comments...