SEARCH

Friday, 24 November 2017

AIR BATU CAMPUR NINJA



Assalamualaikum readers yang disayangi, HI !!!!! hari ni sis buat comeback dengan resepi yang lain dari kebiasaanya, Hah sis nak kongsi tips Cara nak buat AIR BATU CAMPUR NINJA (ABCN)
YASSS!!!!! lAIN dari resepi sebelum ini bukan? Hah apa yang best tentang ABC ni, ye best dan sedap dimakan ketika panas terik. sis nak kongsikan dekat korang resepi ABC Ninja ni supaya korang pun tahu cara nak buat ABC ni bukan sahaja pandai makan malah pandai membuatnya. Jangan risau resepi ABC Ninja ini tidak susah dan bahan-bahannya pun mudah sahaja dicari. ok tak mau panjang cerita jom kita ke bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat AIR BATU CAMPUR NINJA ini. JOM START !!!

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :-
  • JAGUNG
  • KACANG
  • AIS
  • CINCAU
  • CENDOL HIJAU
  • GULA MERAH
  • SUSU PEKAT
  • SUSU CAIR
  • BUAH SAGU
  • AIS KRIM COKLAT
  • SIRAP PEKAT
OK SETTLE DENGAN BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN, KITA START TERUS DENGAN CARA-CARA MEMBUATNYA.....

  1. First of all, kisar ais batu dalam 1 cawan besar sehingga aisnya hancur.
  2. kemudian, masukkan ais tadi ke dalam cawan atau mangkuk yang bersesuaian.
  3. selepas itu letakkan gula merah dalam 2 sudu besar
  4. letak susu pekat dalam 3 1/2 sudu  besar
  5. next, letak susu cair 2 sudu besar.
  6. kemudian, letak kacang, jagung, cincau, cendol dan buah sagu tin keatas ais mengikut kemahuan anda.
  7. Seterusnya, letakkan sirap dalam 3 sudu besar, kemudian letak ais krim keatasnya.
LALU SIAP DIHINDANG DAN DIJAMU... MUDAH DAN TAK SAMPAI 5 MINIT SIAP !!!! CUBALAH JANGAN TAK CUBA !!!.

No comments:

Post a Comment

HTML Comment Box is loading comments...