SEARCH

Thursday, 4 January 2018

2018

Assalamualaikum semuanya !! Hi apa khabar? Sekarang ini sudah masuk tahun 2018. Tahun yang baru dan yang pastinya semua ada azam yang baru untuk tahun 2018 ini. Harap semua azam tahun baru kamu semua dapat dicapai, InsyaAllah Amin. Tapi yang pastinya di tahun yang baru ini, kita mestilah menjadi manusia dan umat islam yang lebih baik daripada yang sebelumnya.

Jangan takut untuk kehilangan sesuatu jika berubah, kerana Tuhan dah tentukan yang terbaik untuk kita. Kita hanya perlu tunggu dan bersyukur sahaja.

Pada tahun baru ini, Sis Ninja berharap semua dalam keadaan sihat walafiat bersama keluarga tersayang. Hargai lah mereka selagi mereka ada disisi.

So dikesempatan ini Sis Ninja nak ucapkan HAPPY NEW YEAR 2k18 to our beloved readers !! Keep following us and thank you so much for supporting our blog!! Love you guys. KEEP CALM AND LOVE COOKING ❤️❤️❤️
Comment Form is loading comments...

kek batik ninja


Hi Assalamualaikum semuanya!! Hari ini sis nak share resepi lain dari yang lain sikit. Sis Ninja nak share resepi kek hari ini. Yang pastinya kek ini tak susah pun. Senang dan bahan2 yang diperlukan pun mudah dicari dan tidak mahal pun. Ok sis akan kongsikan dekat awak2 semua resepi KEK BATIK. Hah siapa je yang tak suka Makan kek batik. Asyik tunggu orang buat dan jual je baik kita cuba sendiri. Bukan susah pun. Ok jom kita tengok baha dan caranya !! Lets start !!

BAHAN-BAHAN RESEPI KEK BATIK:

Milo – 100gram
Susu pekat manis – 195gram
Susu segar – 100ml
Biskut Marie – 300gram(Siap dipatah dua)
Anda juga boleh guna lain biskut. Mengikut citarasa masing-masing
Mentega – 125gram
Kacang almond (siap dipotong & dipanggang)
Serbuk koko – 15gram

CARA-CARA MENYEDIAKAN KEK BATIK:

1. Pertama sekali, cairkan marjerin di dalam kuali

2. Kemudian, masukkan susu pekat, Milo dan serbuk koko

3. Gaul kesemuanya sehingga sebati. Pastikan tidak berketul

4. Kemudian, masukkan biskut
5. Gaul biskut dengan coklat sehingga semua sebati

6. Kemudian, masukkan kacang almond
Gaul sehingga sebati

7. Pastikan biskut tidak hancur semasa menggaul

8. Ambil bekas loyang yang di lapik plastik di atas nya

9. Kemudian, tuang semua bahan tadi ke dalam bekas

10. Tekan bahan tersebut sehingga mampat di dalam bekas loyang itu

11. Kemudian, simpan kek anda dalam peti sejuk untuk disejukkan

12. Sejukkan dalam 4-6jam

Hah siap sudah !!! Senang kan senang kan ???!! Hah apa lagi kekawan semua, jom lah kita cuba resepi kek batik ninja ini. Mudah dan sedap!!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera🌸
Comment Form is loading comments...

cucur ikan bilis


Assalamualaikum hi semua !! Hari ini Sis Ninja nak share resepi yang awak semua boleh masak untuk makan breakfast and for minum petang. Sis Ninja nak share resepi CUCUR IKAN BILIS yang pasti simple dan bahan yang diperlukan berpatutan. Ok jom kita start !!!

Bahan-bahan yang diperlukan :-

1. Tepung gandum 2 cawan besar
2. Air 1 1/2 cawan
3. Ikan bilis yang telah dikopek 2
4. Secubit garam
5. Bawang merah 3 biji dihiris halus
6. Minyak masak

Cara-cara memasak:-
1. Ambil 1 mangkuk besar, letak kan tepung gandum kedalamnya.

2. Masukkan air kedalamnya. Gaul sehingga sekata dan tepung itu menjadi lembik tak terlalu kelat dan tidak terlalu lembik .

3. Masukkan ikan bilis yang telah dicuci dan serta bawang merah.

4. Masukkan garam dan kacau sebati.

5. Panaskan minyak didalam kuali.

6. Kemudian ambil sudu besar kaut tepung yang telah dibancuh tadi dan letak kedalam kuali secara bulat. Goreng sehingga kekuningan dan angkat.

7. Siap dihindangkan untuk orang tersayang

Horray !!! Mudah bukan? Sudahlah senang kemudian sedap pula itu. Jom lah kawan-kawan semua cuba resepi mudah ini. Tidak rugi !!

Selamat Mencuba dan Menjamu selera !!

HTML Comment Box is loading comments...