SEARCH

Tuesday, 31 October 2017

Karnival Soul Station Part 3

Assalamualaikum and hi everyone. Ok today sis nak share lagi about Carnival Soul Station. Ok promise ini yang terakhir about carnival Soul Station ni. Hahahaha.  Sis nak continue sikit je part mana yang sis tak sempat habiskan.



ok ni booth yang sis ada cerita dekat post sebelum ni. Booth haiwan yang boleh kita masuk dengan bayaran RM5 sahaja. Cukup simple dan nice sahaja boothnya tetapi masih kelihatan meriah.



 Yes ini dia teh herba yang sis ada cakap dalam post yang lepas pasal booth2 di carnival Soul station tu. Ok ini lah rupa dan packaging teh herba yang berperisa lemon tu. Dari gambar diatas itu kita dah tahu berapa harga teh herba ini. Dengan Rm28 ini kita mampu memiliki teh yang dicampur dengan madu kelulut dan lemon.





Fuhh... berasap kaw saat daging diatas kuali. ok berasap bukan tanda kerana hangus ok readers.
Nama booth yang ini Cheese Cheezy. Abang ini menjual burger cheese meleleh dengan harga RM5 sahaja




 Dengan hanya sebotol 'Dope' soda, anda akan rasa seperti hidup semula hahahaha. Dengan hanya rm 5 sebotol anda pasti bahagia.

Kuey tiaw goreng sungguh memukau dan anda juga akan terpukau apabila memakannya. Mee goreng bukan sebarang mee goreng, mee goreng datang dari pak mat, pak mat bukan sebarang  pak mat, pak mat hebat masak mee goreng.

Karnival ini berjalan dengan lancar dan jayanya dengan pelbagai booth yang dibuka lagi menarik perhatian ramai orang awam malah pelajar dari universiti luar juga serta hadir.

Banyak aktiviti dijalankan seperti yang telah dikongsikan dipos yang lepas. Boleh lah pergi tengok di pos yang lepas.

Ok sampai sini sahajalah perkongsian sis. ok Jumpa di pos yang seterusnya, ok sis dah ngatuk . bye Assalamualaikum.






HTML Comment Box is loading comments...