SEARCH

Saturday, 30 December 2017

PRE RELEASE

MONEY IN EDUCATION


Education is the most important weapon in a person's world. It allows us to communicate with other countries, to make wise decisions

Education solves problems by using our heads, not fists. 

Fists might get you somewhere, but not far. Whatever you have in your brain is a lot more important. Malaysia needs to be a great country.

Students here tend to spend a lot money in education. They have to spend it on their shelter, transportation, food and also books. That does not include the tuition fees as well.

Therefore, money plays a major role in shaping the society in Malaysia. The government should help the younger generations by improving the education system so that the students will not have to spend a big amount of money on it.



Comment Form is loading comments...

kuah kacang



Assalamualaikum and hi everyone, hari ini sis nak kongsikan dekat awak semua macam mana nak buat KUAH KACANG. Hah kuah kacang ni kita selalu masak ketika hari RAYA AIDILFITRI. Hah bagi anak dara yang diluar sana yang nak membantu meringankan beban ibu2 kalian semasa hari raya akan datang. Boleh lah belajar cara masak kuah kacang ini , lepas ini ibu2 kita semua perlu buat perkara lain sahaja. Ok jom kita start !πŸ₯£

Bahan- bahan yang diperlukan:-

  • 800g kacang tanah mentah, kulit dibuang
  • 700g bawang merah, dipotong halus
  • 27g lengkuas, potong kecil
  • 12g serai, akar sahaja
  • 61g cili boh
  • 105g gula Melaka
  • 26g belacan
  • 2 sudu besar pulpa asam jawa dicampur dengan ¾ cawan air
  • 1 cawan minyak masak 
Cara- cara memasak :-

  1. Mula penyediaan kacang anda pada malam sebelum anda merancang untuk memasak kuah kacang. Di atas dulang yang kering, panggang kacang pada suhu 180°C di dalam ketuhar selama 15 hingga 20 minit, bergantung kepada saiz kacang tanah anda.
  2. Setelah dipanggang dan disejukkan sedikit, gunakan pemproses makanan dan proses kacang tanah perlahan-lahan hingga sederhana kasar. Ia ok jika sebahagian daripada kacang tanah lebih halus atau kasar sedikit.
  3. Pindahkan kacang tanah yang telah hancur ke dalam mangkuk besar dan tuangkan air. Biar pelepasan lebih kurang 5cm air di atas permukaan kacang tanah. Tutup dan biar kacang rendam semalaman di tempat yang kering.
Kaedah memasak:-

  1. Sediakan bahan-bahan anda. Bakar belacan di atas kuali kering sehingga perang.
  2. Kisar lengkuas, serai dan belacan dengan sedikit air sehingga halus.
  3. Dalam periuk besar, panaskan minyak pada suhu api tinggi kemudian goreng campuran dikisar dan cili boh sehingga ia tidak kelihatan basah atau berair.
  4. Masukkan bawang. Kacau dan goreng sehingga ia menjadi separuh kuantiti asal dan bawang telah berkaramel. Jangan lupa kacau bahagian bawah periuk sekali-sekala untuk memastikan bawang tidak melekat dan terbakar. Pastikan kebanyakan bawang hancur.
  5. Masukkan gula Melaka dan kacau sehingga hancur atau cair. Anda juga boleh memarut gula Melaka sebelum memasukkannya ke dalam periuk supaya ia cair dengan lebih cepat.
  6. Bila gula Melaka sudah cair, tuangkan kacang yang direndam termasuk cecairnya. Kacau hingga sebati.
  7. Masak hingga mendidih kemudian reneh untuk 5 minit atau sehingga cebisan kacang yang lebih besar sudah lembut.
  8. Hidang!

Yeah siap. Agak rumit pembuatannya. Tetapi bahan yang diperlukan tidak mahal dan mampu dibeli. Ok semua, selamat mencuba. πŸ˜‰

ketupat palas



Assamualaikum and hi semua πŸ‘‹πŸΌ hari ini sis Ninja nak berkongsi resepi baru dekat readers tersayang Sis Ninja semua ni, ok hari ini Sis nak share macam mana nak buat ketupat palas. Selalu orang akan guna akan beli yang dah siap terus yang dipanggil Nasi impit. Kita mesti lah kena kekal kan adat warisan Malaysia supaya tak ditelan dek zaman. Ok Tak nak huraikan lebih, Jom kita tengok bahan dan caranya.

Bahan- bahan yang diperlukan :-
🍴🍽
-1 kilo beras pulut (4 cawan) (revised : rendam pulut lebih kurang 2jam)
-2 1/2 cawan santan pekat (pati santan)
-2 cawan santan cairπŸ₯›
-1 cb gula
-1 cb garam daun palas secukupnya

Cara-cara
1. Beras pulut dibersihkan dan toskan airnya. Asingkan.
2. Tuang kedua dua santan ke dalam periuk dan didihkan.
3. Kemudian masukkan beras pulut, garam dan gula.
4. Kacau pulut sehingga 1/2 masak ataupun sehingga airnya kering dan pulut tidak lagi melekat di kuali. Gunakan api sederhana dan sentiasa mengacau supaya pulut tidak melekat dan hangus.
5. Padamkan api. Angkat kuali dari dapur dan biarkan pulut sejuk.
6. Ambil sehelai daun palas yang telah dibersihkan dan balut seperti biasa. Buat sehingga habis kesemuanya.
7. Rebus/kukus lebih kurang 1 ke 1 1/2 jam.
8. Angkat dan sejukkan sekurang kurangnya 4 jam sebelum dipotong.  ✅✅

Yes siap!! πŸ™†πŸ»‍♀️ Ok untuk part buat ketupat palas ini sudah siap. Ok nantikan post yang akan datang macam mana nk buat balutan palas tersebut. Stay tuned πŸ˜‰

ikan talapia 3 rasa


Assalamualaikum and hi everyone. Hari ini sis nk share resepi fav dish Sis Ninja. Iaitu Ikan Talapia masak 3 rasa. Ok korg boleh guna apa jenis ikan yg korang suka. Tapi Sis Ninja guna ikan Talapia sbb sis suka makan ikan talapia kerana dia lembut dan ranggup kalau sudah digoreng. Ok tak nak cerita panjang. Jom kita start πŸ‘©πŸ»‍πŸ³πŸ‘©πŸ»‍πŸ³πŸ‘©πŸ»‍🍳

Bahan-bahan yang diperlukan :-
- salad πŸ₯—
- tomatoπŸ…
- minyak masak
- ikan talapia 🐟
- serbuk kunyit
- nenas dalam tin
- sos cili
- garam
- bawang besar 3 biji
- bawang putih 5 ulas

Cara-cara :-

1. Basuh salad tadi sehingga bersih. Kemudian letakkan diatas pinggan. ( salad sebagai lapek) kemudian ketepikan.πŸ₯—

2. Goreng ikan yang telah disalut serbuk kunyit dan secubit garam. Goreng sehinnga masak dan keringkan dari minyak. Kemudian letak diatas salad.

3. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris halus. Sehingga kekuningan. Letak sesudu teh garam

4. Letak sos cili dan nenes dalam tin kedalam kuali.

5. Isi setengah cawan air. Kemudian letak tomato yang telah dipotong 4

6. Kacau sehingga kuah megelegak.

7. Tiup api dan angkat kuah dan tuangkan keatas ikan yang telah digoreng tadi. πŸ›πŸ›

Yeahh siap bukan? 🍴🍽🍴Mudah sahaja. Nampak macam rumit tp tidak. Apa lagi jom lah cuba resepi mudah ini . SELAMAT MENCUBA 🌸🌸🌸
HTML Comment Box is loading comments...