Welcome to our blog!! Hello everyone, our blog is the place where we share our simple recipes for students to cook daily <3 ENJOY!!!!!
SEARCH
Thursday, 14 December 2017
AYAM MASAK KICAP NINJA
Hi Assalamualaikum sayaaang sayang semuanyaaaa !!! Hari ni Sis Ninja nak share resepi fav sis Ninja iaituuuuu AYAM MASAK KICAP NINJAAAAA !!! Wowww ok sis tk sabar nak share resepi ni dekat uguyss, JOM START !!!
Bahan-bahan yang diperlukan:-
1. Cili padi dalam setengah genggam
2. Bawang putih dalam 6 ulas
3. Bawang merah 2 biji
4. Garam
5. Kicap manis
6. Ayam
7. Serbuk kunyit
8. Daun limau purut
9. Minyak masak
Ok selesai sudah dengan bahan-bahan yang diperlukan. Kita ke cara-cara untuk memasaknya pula 🙈
Cara-cara memasak AYAM MASAK KICAP NINJA
1. Perap ayam bersama kunyit dan biarkan ia selama 5-6 minit. Ketepikannya dahulu.
2. Blend 1 biji setengah bawang merah bersama 4ulas bawang putih dan juga cili yg telah diutih sehingga lumut.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tunggu sehingga minyakk dah panas.
4. Gorengkan ayam yang diperap serbuk kunyit tadi. Selepas itu ketepikannya.
5. Tumis setengah bawang merah dan 2 ulas bawang putih yang telah dihiris.
6. Masukkan bahan yang telah diblend tadi kedalam tumisan. Tungggu sehingga dia pecah lemak dan naik bau.
7. Masukkan garam secukup rasa
8. Masukkan daun limau purut supaya masakkan lebih wangi .
9. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi kedalam kuali. Gaulkan ia sehingga serata.
10. Tuangkan kicap kedalam kuali pastikan semua ayam2 dan sambal tadi kena kicap tersebut.
Ok step terakhir adalah hidangkan masakan dengan penuh kasih sayang .. pasti sedapp dan lazattttt !!! Mari lah cuba resepi kegemaran sis Ninja ini!! Pasti tidak rugi !!
Selamat mencuba dan menjamu seleraaaaa 🍴
Subscribe to:
Posts (Atom)