Welcome to our blog!! Hello everyone, our blog is the place where we share our simple recipes for students to cook daily <3 ENJOY!!!!!
SEARCH
Monday, 18 December 2017
ROTI GORENG NINJA
Assalamualaikum and hi semuaa!! Hari ini sis Ninja nak share cara nak buat ROTI GORENG NINJA.
Bahan2 yang diperlukan :-
1. Roti buku
2. Telur 4 biji
3. Sardin yang telah dimasak
4. Minyak masak
5. Garam
Cara-cara:-
1. Pukul telur kedalam mangkuk, letakkan secubit garam.
2. Celupkan roti kedalam telur.
3. Kemudian, letak sardin keatas roti dan roll kan roti tersebut.
4. Kemudian, goreng roti tersebut kedalam minyak yang panas.
Yeah siapp!!! Tersangat lah easy kan. Hah tayah buang masa dan buang duit jom buat sendiri rumah anda!!!
TELUR REBUS MASAK SAMBAL
Assalamualaikum semua, post kali ini sis nak share resepi TELUR REBUS SAMBAL NINJA dekat korang semua. Jom teruskan membaca untuk tahu bahan2 dan cara2 k.
Bahan2-
1. Telur rebus
2. Cili merah
3. Bawang merah 3 biji
4. Bawang putih
5. Minyak masak
6. Cili kering senggengam
7. Garam
Cara-cara-
1. Blend bawang merah, bawang putih, cili kering, dan cili merah sekali.
2. Panaskan minyak didalam kuali.
3. Tumis bawang merah dan bawang putih.
4. masukkan bahan yang telah diblend tadi kedalam kuali.
5. Letak 1 sudu teh garam
6. Tunggu sehingga tumisan naik bau.
7. Masukkan telur rebus kedalam kuali. Gaul sehingga sekata.
YEAH SIAPP GUYSS!!! Mudah dan cepat. So cuba ok , jangan tak cuba !!!
SANDWICH
Assalamualaikum readers sekalian.👋🏼 Hari ini Sis Ninja buat comeback dengan resepi yang sesuai untuk breakfast. SANDWICH TELUR NINJA 🥪🥪🥪🥪
Bahan-bahan yang diperlukan:-
1. Roti buku
2. Telur ayam 2 biji
3. Garam
4. Sos cili
5. Mayonis
6. Salad
7. Tomato
8. Salad
Cara-cara:-
1. Pukul telur kedalam mangkuk, letak secubit garam. Pukul sehingga rata
2. Goreng kedalam kuali. Bila dah siap goreng, hancur kan telur tersebut. Kemudian ketepikan.
3. Ambil roti dah potong menjadi bentuk 3 segi.
4. Letak salad,tomato, dan timun keatas roti
5. Kemudian ambil telur tadi letak keatas permukaan sayur2.
6. Ambil sos cili dan mayonis dan picit keatas telur .
7. Last step, tutup kembali dengan roti.
Yasss galll siapp.. mudah bukan?? Jom cuba. Sebarang pertanyaan boleh comment diruang comment 😉
TEMPE GORENG
Assalamualaikum hari ni sis Ninja kembali dengan resepi baru. Ok hari ini sis ninja nak share resepi buat TEMPE GORENG NINJA.
Ok jom kita start terus bahan2 yang diperlukan .
Bahan2 yang diperlukan:-
1. Tempe
2. Serbuk kunyit
3, garam
4. Minyak masak
Cara2
1. Salut tempe dengan serbuk kunyit bersama sedikit garam.
2. Kemudian goreng kedalam minyak yang panas.
Mudah bukan? Ia teramat mudah macam menggoreng ikan. Hah apa lagi kekawan. Cuba lah resepi mudah dan tipis ni.
Selamat mencuba!!
Ok jom kita start terus bahan2 yang diperlukan .
Bahan2 yang diperlukan:-
1. Tempe
2. Serbuk kunyit
3, garam
4. Minyak masak
Cara2
1. Salut tempe dengan serbuk kunyit bersama sedikit garam.
2. Kemudian goreng kedalam minyak yang panas.
Mudah bukan? Ia teramat mudah macam menggoreng ikan. Hah apa lagi kekawan. Cuba lah resepi mudah dan tipis ni.
Selamat mencuba!!
IKAN SELAR SAMBAL NINJA
Assalamualaikum semuaaa hari ini sis Ninja nak kongsi resepi yang ayah Sis Ninja selalu masak. Hah hari ini sis Ninja Nak share resepi “ IKAN SELAR MASAK SAMBAL” versi AYAH NINJA. 🐟🐟🐟 jom tengok bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan yang diperlukan:-
1. Ikan selar
2. Cili kering dalam sengenggam digunting kecil
3. Bawang merah 3 biji
4. Bawang putih
6. Garam
7. Minyak masak
8. Serbuk kunyit
Cara-cara untuk memasaknya :-
1. Salut ikan dengan serbuk kunyit bersama garam.
2. Kemudian goreng ikan tersebut sehingga garing dan masak. Lalu ketepikannya.
3. Blend- cili kering, bawang merah 2 biji, bawang putih. ( tidak terlalu hancur)
4. Panaskan kuali, tumis bawang merah yang dipotong bulat, serta bawang putih.
5. Masukkan bahan yang telah diblend tadi.
6. Taburkan garam 1 sudu teh
7. Tunggu sehingga bahan tumisan tadi masak dan dah naik baunya.
8. Masukkan ikan yang diketepikan tadi kedalam kuali. Gaul kasi rata.
Yeahh hanya dengan 8 langkah mudah ini. Siap sudah IKAN SELAR MASAK SAMBAL versi AYAH NINJA.
Bahan-bahan yang diperlukan:-
1. Ikan selar
2. Cili kering dalam sengenggam digunting kecil
3. Bawang merah 3 biji
4. Bawang putih
6. Garam
7. Minyak masak
8. Serbuk kunyit
Cara-cara untuk memasaknya :-
1. Salut ikan dengan serbuk kunyit bersama garam.
2. Kemudian goreng ikan tersebut sehingga garing dan masak. Lalu ketepikannya.
3. Blend- cili kering, bawang merah 2 biji, bawang putih. ( tidak terlalu hancur)
4. Panaskan kuali, tumis bawang merah yang dipotong bulat, serta bawang putih.
5. Masukkan bahan yang telah diblend tadi.
6. Taburkan garam 1 sudu teh
7. Tunggu sehingga bahan tumisan tadi masak dan dah naik baunya.
8. Masukkan ikan yang diketepikan tadi kedalam kuali. Gaul kasi rata.
Yeahh hanya dengan 8 langkah mudah ini. Siap sudah IKAN SELAR MASAK SAMBAL versi AYAH NINJA.
NASI GORENG PATTAYA NINJA
Assalamualaikum. Hi apa khabar semua. Harap semua sihat belaka lah ye. Hari ini sis nak kongsi resepi masak NASI GORENG PATTAYA ala ala NINJA😍🍛🍳
Ok jom kita start dengan bahan- bahan yang diperlukan.
1. Nasi putih
2. Bawang merah sebiji yang telah dihiris
3. Bawang putih 5 ulas yang telah dihiris
4. Cili padi dalam 7-8 tangkai yang telah
Dipotong halus.
5. Perencah cukup rasa
6. Garam
7. Isi ayam yang telah dicincang halus
8. Carrot yang telah dipotong
9. Kacang panjang yang telah dipotong
10. Telur ayam 2 biji
11. Minyak masak
Ok siap dengan bahan- bahan. Bila bahan2 dah lengkap kita bolehlah start memasak. Ok jom tengok cara-cara nak memasaknya.
Cara-cara memasak:-
1. Pukul telur kedalam mangkuk, masukkan sedikit garam, dan gorengkannya, pastikan telur dadar itu digoreng dengan lebar . Ketepikannya selepas itu.
2. Masukkan minyak kedalam kuali. Tunggu kuali panas.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih, dan cili. Tumis sehingga kekuningan dan masak.
4. Masukkan nasi putih kedalam kuali.
5. Kemudian masukkan isi ayam, serta carrot dan kacang panjang tadi.
6. Taburkan garam dan perencah cukup rasa Kedalam kuali.
7. Gaul sehingga sayur dan ayam tadi masak.
8. Letakkan telur tadi keatas pinggan kemudian cedok nasi goreng yang telah disiap masak letakkan keatas telur. Lalu lipat telur itu seperti membungkus.
9. SIAP DIHINDANGKAN KEPADA ORANG TERSAYANG.
Yeahhh SIAP!! Mudah kan? Apa lagi jom lah ramai-ramai cuba. Tak rugi 😉.
SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA
TELUR DADAR NINJA
Assalamualaikum semuanya!!! Hari ini sis Ninja kembali lagi dengan resepi baru dan pastinya mudah untuk dimasak !!
Ok hari ini sis nak share resepi yang memang favorite ramai iaitu TELUR DADAR NINJA 🍳🍳🍳🍳🍳. Pastinya enak dan menyelerakan. Ok jom kita start dengan bahan- bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan yang diperlukan:-
1- telur ayam 4 biji
2. Garam secubit rasa
3. Cili 5 utih dipotong halus
4. Setengah biji Bawang merah yang
dipotong Halus
4. Minyak masak
Cara-cara membuatnya:-
1. Pecahkan kesemua telur kedalam mangkuk, letak garam. Pukul hingga sebati.
2. Masukkan cili dan bawang kedalam telur. Pukul sekali lagi.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tunggu sehingga kuali panas.
4. Masukkan telur yang telah dipukul tadi kedalam kuali.
5. Tunggu sehingga masak dan siap dihindang untuk keluarga dan rakan-rakan tersayang.
Alhamdulillah siap !! Mudah bukan? Apa lagi mari lah cuba. Selamat mencuba dan menjamu selera. 💝
NASI PUTIH
Hi Assalamualaikum semuanya, hari ini sis nak share tips mudah dan perkara basic yang kita mesti tahu dan pandai. Tadaaaa hari ini sis nak kongsi tips macam mana masak nasi putih. Lawak? Tidak. Sebab apa? Ramai anak muda sekarang ni bkn tk pandai masak nasi cuma sukatan air sahaja yang tidak betul yg akan mengakibatkan nasi itu lembik atau keras.
Makanya semua anak muda tak kira lelaki atau perempuan mestilah tahu masak nasi. Ok jom kita start.
Pertama sekali sukat beras berapa banyak yang nak dimasak. Andai kata nak masak 3 pot/ cawan.
Ok basuh beras tadi sehingga bersih, minimum 3kali basuh, jangan lupa bagi umat islam sambil membasuh beras sambil berselawat 😉
Kemudian, bila dah basuh , ambil cawan/pot yang kita gunakan untuk mencedok beras tadi tu ,isi 4 cawan/pot air kedalam beras .
Hah kemudian, siap sedia untuk dimasak.
Tips mudah dari Sis Ninja, andai kata masak nasi hanya 2pot/cawan pastikan airnya 3 cawab. *air yang akn dimasak sekali dengan beras itu kena lebih 1 cawan.
Faham tak semuanya? Sebarang comment/pertanyaan ataupun permintaan resepi boleh tinggalkan comment anda dibawah.
Selamat mencuba!
bubur kacang hijau
Assalamualaikum readers sekalian. Pada hari yang baru ini, sis nak share resepi baru dekat kamu semua. Hari ini sis nak kongsi resepi BUBUR KACANG HIJAU. Mudah sahaja dan bahan-bahan yang diperlukan pun mudah dicari. Ok tak nak cerita panjang. Jom kita start dengan bahan2 yang diperlukan.
Bahan2 yang diperlukan:-
1. Kacang hijau
2. Gula
3. Garam
4. Santan
5. Daun pandan
6. Gula melaka.
Ok settle with the bahan2. Now kita start dengan cara pembikinannya pula.
Mula2 rebus kacang hijau sampai empuk, masukkan sekali daun pandan *sebenarnya ada dua cara, Satu boleh rendam dlu kacang hijau tu, sampai empuk, jd x ambik masa lama sgt masa rebus Kedua boleh terus rebus pakai air mcm ni, tp lama sikit sbb nak bg betol2 empuk
Bila dah empuk, boleh masukkan gula melaka
Kacau dan masukkan santan
Last sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
*masa dah menggelegak bila dah masuk semua bahan tu boleh la rasa dlu, kalau ade perasa yg x ckup boleh tambah lg.
Alhamdulillah siap sudah!!! Hah apa lagi marilah semua cuba !! Selamat mencuba dan jumpa di resepi yang baru.
Bahan2 yang diperlukan:-
1. Kacang hijau
2. Gula
3. Garam
4. Santan
5. Daun pandan
6. Gula melaka.
Ok settle with the bahan2. Now kita start dengan cara pembikinannya pula.
Mula2 rebus kacang hijau sampai empuk, masukkan sekali daun pandan *sebenarnya ada dua cara, Satu boleh rendam dlu kacang hijau tu, sampai empuk, jd x ambik masa lama sgt masa rebus Kedua boleh terus rebus pakai air mcm ni, tp lama sikit sbb nak bg betol2 empuk
Bila dah empuk, boleh masukkan gula melaka
Kacau dan masukkan santan
Last sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
*masa dah menggelegak bila dah masuk semua bahan tu boleh la rasa dlu, kalau ade perasa yg x ckup boleh tambah lg.
Alhamdulillah siap sudah!!! Hah apa lagi marilah semua cuba !! Selamat mencuba dan jumpa di resepi yang baru.
Subscribe to:
Posts (Atom)