Ok sebelum ke bahan-bahan yang diperlukan untuk buat detox ni. Sis Ninja nak share apa kebaikan Detox Ninja ni dekat uguys. Antara-antara kebaikan yang akan kita dapat andai kita meminum Detox sebagai rutin harian kita, antaranya:-
- Dapat membersihkan segala kotoran yang didalam badan dan bahan yang tidak diperlukan badan.
- Membantu untuk melicinkan kulit
- Membakar lemak dalam tubuh badan
- Mampu mengempiskan perut
- Melancarkan sistem peredaran darah didalam badan
OK ini adalah antara kebaikan yang boleh didapati dalam Detox Ninja . ok jom kita move kepada bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Jus Detox Ninja ini. Antara-antara bahan yang diperlukan adalah:-
- Lemon 1 biji yang telah dihiris
- Timun dalam 5 slices
- Madu 3 Sudu besar
- Botol 1 liter
- Air 800ml
Hah itu sahaja bahan yang diperlukan untuk buat Detox Ninja ini. Ok kite ke tips untuk buat detox ini pula.
Senang sahaja, campurkan semua bahan tadi kedalam botol dan masukkan air kedalamnya dan siap. Untuk lebih sedap diminum lagi, para pembaca sekalian boleh letak detox tersebut kedalam peti ais. Mudah dan cepat. Hah siapa kata nak jaga badan susah? Senang sahaja, jom ikut cara mudah Sis Ninja. Makan-makan juga , jaga badan dan kesihatan jangan lupa. Ok sampai sini sahaja utk kali ini. Kita jumpa di post yang seterusnya.