SEARCH

Wednesday, 20 December 2017

ICE LEMON TEA NINJA


Assalamualaikum korang. hi. hari ini sis nak share cara-cara buat ICE LEMON TEA versi Ninja pastinya simple babes!! jom tengok and cuba ok !


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :-

1. TEH UNCANG
2, BUAH LEMON DIHIRIS
3. GULA PASIR 2 sudu kecil
4. AIS
5. AIR PANAS

CARA-CARA MEMBUATNYA :-

1. Rendamkan teh uncang didalam air panas sehingga kembang.
2. Masukkan gula pasir kedalam cawan
3. Masukkan hirisan lemon kedalam air
4. kemudian masukkan ice

ok siap . dh settle. apa lagi jom cuba !!!

milo tabur



HI UALSSSS... Hari ini sis nak kongi resepi lain dari yang lain. ehehhe Hari ini sis nak kongsi tips buat MILO AIS TABUR NINJA.. wow selalu post pasal makanan sahaja kan? So hari ini kita nak share resepi minuman pula. ok jom start.

BAHAN YANG DIPERLUKAN :-

1. MILO
2. AIS
3. SUSU
4. AIR PANAS


CARA-CARA MEMBUATNYA :-

1.  Masukkan 3 sudu kecil milo kedalam cawan
2.  letakkan susu pekat 4 sudu kecil
3.  tuang air panas kedalam cawan hanya setengah cawan
4. kacaukannya
5. masukkan ais kedalam cawan
6. taburkan serbuk milo keatas minuman.


SIAP GUYS. SEDAP DAN PASTI KAW-KAW PUNYA. ACU CUBA TRY TEST OK!

SAMBAL BELACAN NINJA




Assalamualaikum readers sekalian, today sis Ninja nak share resepi SAMBAL BELACAN NINJA. Ok jom kita tengok bahan dan cara yang perlu dilakukan.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :-

1. Jus limau kasturi
2. Gula 1 sudu teh
3. cili padi 15
4. garam secubit rasa
5. cili merah 6 dibuang biji
6. belacan sebesar ibu jari

CARA-CARA MEMASAK :-

1. panaskan kuali , masukkan 1 sudu minyak masak.
2.  masukkan semua bahan kedalam kuali jus limau kasturi
3. kemudian selepas panaskan didalam kuali letakkannya kedalam lesung dan tumbuk sehingga hancur
4. masukkan garam dan gula.
5. last step, perah jus limau kasturi. dan gaul sekata.

ok siap! senang bukan? hah lepas ni tak perlu beli dekat kedai mek untuk makan sambal belacan. saelamat mencuba ok !!

TAUHU SUMBAT NINJA


Assalamualaikum semuanya, harap dalam keadaan sihat ok. Hari ini sis nak kongsi resepi TAUHU SUMBAT NINJA.

Bahan-bahan yang diperlukan ;-

1. tauhu
2. timun
3. carrot
4. sengkuang
5. cili besar
6. tauge
7. minyak masak

Cara-cara memasaknnya :-

1. Gorengkan tauhu tersebut selepas itu ketepikan
2.  Hiris timun, lobak, dan sengkuang serta cili besar secara halus.
3. Celur tauge dan toskan
4. tauhu yang diketepikan tadi potong secara 3 segi dan belah bahagian tengah.
5. sumbat semua sayur serta tauge kedalam tauhu tersebut.

yes kemudian makan bersama sos , sedap sekali. selamat mencuba kekawan sekalian. XOXO

BUBUR AYAM NINJA



Assalamualaikum hi semua, hari ini sis Ninja nak share resepi BUBUR NASI AYAM kegemaran siss Ninja ni, ok jom kita start!.

bahan-bahan yang diperlukan :-

1. Beras
2. ayam cincang
3. perencah maggi cukup rasa
4. daun sup
5. bawang goreng


Cara-cara memasaknya:-

1. Masak beras tersebut dengan air yang sangat lebih
2. Tunggu sehingga nasi menjadi bubur.
3. Masukkan ayam yang telah dicincang
4. Taburkan perencah cukup rasa
5. Tunggu sehingga ayam sudah masak.
6. tuang bubur kedalam mangkuk.
7. taburkan keatas bubur tersebut daun sup dan bawang goreng.

SIAP !!!!!!

JOM CUBA GUYS MUDAH SESANGAT !!!

SELAMAT MENCUBA SEMUAAA

SUP AYAM NINJA




Assalamualaikum and hi semua. hari ini sis kembali dengan resepi yang baru iaitu SUP AYAM NINJA. Makanan ini sesuai untuk dimasak untuk waktu tengah hari, malam dan juga sesuai untuk orang yang tidak sihat. Ok jomm kita start dengan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:-

1. Ayam 
2. daun sup
3. garam
4. lobak merah
5. sup bunjut
6.kentang
7. kayu manis (tumis)
8. air
9. minyak masak
10. bawang merah 3-4 BIJI (tumis)
11. bawang putih 4-5 ULAS (tumis)
12. kiub ayam
13. Halia 2-3CM  (tumis)
14. Bunga lawang  (tumis)
15. bunga cengkih   (tumis)
16. buah pelaga  (tumis)


CARA-CARA MEMASAKNYA:-

1. Blend dahulu bahan-bahan yang perlu ditumis tersebut.
2. panaskan kuali, masukkan minyak masak. 
3. Tumis bahan-bahan yang telah diblend tadi.
4. selepas naik bau, masukkan semua ayam kedalam kuali dan gaul serata.
5. Biarkan ayam separuh masak
6. masukkan air sehingga paras ayam (lebih sikit tidak mengapa)
7. masukkan kentang dan lobak merah sehingga ia mendidih.( api tak perlu kuat)
8. masukkan kiub ayam.
9. masukkan garam secukup rasa. 
10. masukkan daun sup

yeah Finally siap pun !!!!! senang dan mudah. weh korang jom lah cuba resepi ini !!!!. 

selamat mencuba dan menjamu selera !!
HTML Comment Box is loading comments...