SEARCH

Monday, 18 December 2017

IKAN SELAR SAMBAL NINJA

Assalamualaikum semuaaa hari ini sis Ninja nak kongsi resepi yang ayah Sis Ninja selalu masak. Hah hari ini sis Ninja Nak share resepi “ IKAN SELAR MASAK SAMBAL” versi AYAH NINJA. 🐟🐟🐟 jom tengok bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan yang diperlukan:-
1. Ikan selar
2. Cili kering dalam sengenggam digunting kecil
3. Bawang merah 3 biji
4. Bawang putih
6. Garam
7. Minyak masak
8. Serbuk kunyit

Cara-cara untuk memasaknya :-
1. Salut ikan dengan serbuk kunyit bersama garam.
2. Kemudian goreng ikan tersebut sehingga garing dan masak. Lalu ketepikannya.
3.  Blend- cili kering, bawang merah 2 biji, bawang putih. ( tidak terlalu hancur)
4. Panaskan kuali, tumis bawang merah yang dipotong bulat, serta bawang putih.
5. Masukkan bahan yang telah diblend tadi.
6. Taburkan garam 1 sudu teh
7. Tunggu sehingga bahan tumisan tadi masak dan dah naik baunya.
8. Masukkan ikan yang diketepikan tadi kedalam kuali. Gaul kasi rata.

Yeahh hanya dengan 8 langkah mudah ini. Siap sudah IKAN SELAR MASAK SAMBAL versi AYAH NINJA.



No comments:

Post a Comment

HTML Comment Box is loading comments...