SEARCH

Monday, 18 December 2017

NASI GORENG PATTAYA NINJA


Assalamualaikum. Hi apa khabar semua. Harap semua sihat belaka lah ye. Hari ini sis nak kongsi resepi masak NASI GORENG PATTAYA  ala ala NINJA😍🍛🍳
Ok jom kita start dengan bahan- bahan yang diperlukan.

1. Nasi putih
2. Bawang merah sebiji yang telah dihiris
3. Bawang putih 5 ulas yang telah dihiris
4. Cili padi dalam 7-8 tangkai yang telah
     Dipotong halus.
5. Perencah cukup rasa
6. Garam
7. Isi ayam yang telah dicincang halus
8. Carrot yang telah dipotong
9. Kacang panjang yang telah dipotong
10. Telur ayam 2 biji
11. Minyak masak

Ok siap dengan bahan- bahan. Bila bahan2 dah lengkap kita bolehlah start memasak. Ok jom tengok cara-cara nak memasaknya.

Cara-cara memasak:-

1. Pukul telur kedalam mangkuk, masukkan sedikit garam, dan gorengkannya, pastikan telur dadar itu digoreng dengan lebar . Ketepikannya selepas itu.

2. Masukkan minyak kedalam kuali. Tunggu kuali panas.

3. Masukkan bawang merah, bawang putih, dan cili. Tumis sehingga kekuningan dan masak.

4. Masukkan nasi putih kedalam kuali.

5. Kemudian masukkan isi ayam, serta carrot dan kacang panjang tadi.

6. Taburkan garam dan perencah cukup rasa    Kedalam kuali.

7. Gaul sehingga sayur dan ayam tadi masak.

8. Letakkan telur tadi keatas pinggan kemudian cedok nasi goreng yang telah disiap masak letakkan keatas telur. Lalu lipat telur itu seperti membungkus.

9. SIAP DIHINDANGKAN KEPADA ORANG TERSAYANG.

Yeahhh SIAP!! Mudah kan? Apa lagi jom lah ramai-ramai cuba. Tak rugi 😉.

SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA

No comments:

Post a Comment

HTML Comment Box is loading comments...