SEARCH

Sunday, 24 December 2017

sambal sotong



Assalamualaikum and hi semua, macam biasa, hari ini sis nk kongsikan resepi baru. Bukan ayam, bukan ikan, bukan udang tp nk kongsi resepi yang menggunakan bahan mentah iaitu sotong. Ok hari ini sis nak share resepi Sotong masak Sambal ninja 🐙.
Ok jom kita tengok bahan2 yang diperlukan.

Bahan2 yang diperlukan :-

1. Sotong
2. Cili kering sengenggam
3. Bawang merah 3 biji
4. Bawang putih 6 ulas
5. Garam secukup rasa
6. Minyak masak
7. Daun limau purut
8. Air asam

Cara- cara memasaknnya :-

1.  Blend bawang merah 2 biji, bawang putih
     3 ulas, dan cili kering.

2.  Panaskan minyak didalam kuali.

3. Tumis sebiji bawang merah, 3 ulas bawang putih. Sehingga naik bau

4. Masukkan bahan yang telah di blend tadi
     Kedalam tumisan. Tunggu sehingga
     Pecah lemak.

5. Masukkan garam dan air asam.

6. Masukkan sotong.

7. Masukkan daun limau purut

Alhamdulillah siap pun. Mudah kan ? Jom lah cuba!! Senang je.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera !

No comments:

Post a Comment

HTML Comment Box is loading comments...