Assalamualaikum Hi semua, hari ini Sis Ninja nak share resepi
baru dekat you guys semua. Today Sis Ninja nak share resepi SAMBAL PETAI UDANG. Gabungan mantap udang bersama petai…. Wuuu
sedapnyaaa… Ok jom kita start sebab Sis dah tak tahan nak share resepi ini.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:-
1.
PETAI YANG TELAH DIBUANG KULIT
2.
3 LABU BAWANG MERAH
3.
6 ULAS BAWANG PUTIH
4.
1 SUDU TEH GARAM
5.
MINYAK MASAK
6.
UDANG YANG TELAH DIPERAP DENGAN KUNYIT
7.
SEGENGAM CILI KERING
8.
BELACAN SEBESAR IBU JARI
9.
1 KEPING ASAM JAWA
1.
1 SUDU TEH GULA
CARA-CARA MEMASAK:-
1.
TERLEBIH DAHULU GORENG UDANG TADI SEHINGGA
KEKUNINGAN, KEMUDIAN ANGKAT DAN KETEPIKANNYA.
2.
BLEND ATAU TUMBUK 2 LABU BAWANG MERAH, 6 ULAS
BAWANG PUTIH, BELACAN, DAN CILI KERING. KEMUDIAN KETEPIKAN TERLEBIH DAHULU.
3.
PANASKAN MINYAK, TUMIS SELABU BAWANG MERAH YANG
TELAH DIHIRIS HALUS SEHINGGA KEKUNINGAN.
4.
MASUKKAN BAHAN BLEND TADI KEDALAM TUMISAN. TUMIS
SEHINGGA PECAH LEMAK DAN SUDAH NAIK BAU.
5.
MASUKKAN GARAM DAN GULA KEDALAM KUALI.
6.
KEMUDIAN MASUKKAN PETAI KEDALAM KUALI YANG TELAH
DIBELAH DUA.
7.
MASUKKAN UDANG PULA.
8.
AKHIR SEKALI MASUKKAN ASAM KEPING KEDALAM KUALI.
Alhamdulillah siap pun. Senang tak? Mudah kan kawan-kawan
sekalian? Jom lah cuba resepi mudah dan pastinya cermat ini . SELAMAT MENCUBA
>.<
No comments:
Post a Comment