Assalamualaikum hi everyone, hari ini Sis Ninja nak share
resepi baru dekat you guys semua. Ok hari ini sis nak share resepi KUIH TIRAM yang sangat simple dan mudah sangat. Bagi
sesiapa yang tak ada oven dekat rumah but nak juga buat kuih untuk raya atau
minum petang boleh cuba untuk buat kuih Keria ini. Ok jom kita start dengan
bahan-bahan yang diperlukan untuk buat KUIH KERIA ini.
Bahan- bahan yang diperlukan :-
1.
Sebiji telur
2.
150-160 ml air
3.
3 sudu besar tepung ubi
4.
4 cawan tepung gandum
5.
Secubit garam
6.
6 sudu minyak masak
7.
3-4 sudu besar butter
8.
Gula halus
Cara-cara pembuatannya:-
1.
Ambil 1 bekas yang besar dan masukkan tepung
gandum, butter, telur, air , dan garam kedalamnya.
2.
Uli
sehingga menjadi doh yang lembut.
3.
Kemudian bahagikan doh menjadi beberapa bahagian
dan canaikan sehingga nipis.
4.
Sementara itu, satukan tepung ubi dan minyak
masak dan sapu diatas adunan tadi.
5.
Gulung adunan dan potong menyerong dan canaikan
nipis lagi
6.
Panaskan minyak masak dan goreng kuih sehingga
masak
7.
Selepas
masak, tunggu sehingga kuih itu tidak panas lagi.
8.
Celup kuih yang telah digoreng tadi kedalam gula
halus.
Yes, finally siap, senang mudah dan simple sahaja. Jom lah
cuba resepi mudah ini.
SELAMAT MENCUBA
KAWAN-KAWAN!!!
No comments:
Post a Comment