Welcome to our blog!! Hello everyone, our blog is the place where we share our simple recipes for students to cook daily <3 ENJOY!!!!!
SEARCH
Monday, 25 December 2017
KERANG SAMBAL NINJA
Assalamualaikum hi semua, hari ini Sis nak share resepi salah satu favorite food sis, iaitu SAMBAL KERANG. Ok sis tak sabar sangat nak share resepi ini. ok jom kita start !!
Bahan-bahan yang diperlukan:-
1. Kerang yang telah dibuang kulit
2. 3 biji bawang merah
3. 6 ulas bawang putih
4. senggengam cili kering
5. cili merah dalm 4-5 tangkai
6. garam
7. minyak
8. asam keping
CARA-CARANYA:-
1. Blend 2 biji bawang merah, bawang putih dan cili kering. kemudian ketepikan
2. Panaskan minyak. tumis 1 biji bawang merah yang telah dihiris halus bersama cili merah.
3. Apabila tumisan sudah kekuningan, masukkan bahan yang telah diblend tadi.
4. Tumis sehingga pecah lemak, kemudian masukkan asam keping.
5. Masukkan garam.
6. last sekali masukkan kerang. gaul sehingga rata dan masak.
Final step, hindang kan dengan penuh kasih sayang. SELAMAT MENCUBA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment