Assalamualaikum, hi readers sekalian, hari ini sis Ninja
kembali dengan harapan untuk berkongsi resepi yang boleh dibuat untuk sarapan
dan minum petang. Hah sis nak kongsikan macam mana nak buat LEPAT PISANG
NINJA!!!!!!! WOHOOOO, tak sabra nak kongsi, jom kita start dengan bahan-bahan
yang diperlukan untuk membuat lepat pisang ini.
- Pisang emas/ pisang raja
- kelapa parut (dikukus dan diletakkkan sedikit air garam)
- Daun pisang
- Gula Pasir
- Tepung Gandum
Ok done with bahan yang diperlukan, kita ke cara-cara
membuatnya pula.
1. Mula-mula kopekkan pisang dan lenyekkannya bersama kelapa
parut.
2. letakkan sedikit gula kerana pisang mempunyai rasa
manisnya yang tersendiri dan sedikit
sahaja tepung kerana elakkan menjadi terlalu keras.
3. kemudian, gaulkan sehingga
sebati dan rata.
4. Potongkan daun pisang lebih kurang sebesar kertas a5
sebagai pembungkusannya.
5. seterusnya, letakkan adunan tadi kedalam daun pisang
tersebut
6. lantas, kukuskan sehingga masak, lebih kurang 10 hingga
15 minit.
Yesss, kemudian angkat dan siap dihindangkan. Senang dan
mudah sahaja, tidak perlu membazir duit untuk pergi ke gerai untuk membelinya.
SELAMAT MENCUBA !!
No comments:
Post a Comment