SEARCH

Wednesday, 22 November 2017

SAMBAL PETAI UDANG NINJA

Assalamualaikum and Selamat Sejahtera to fellow readers. Harap semua dalam keadaan sihat walafiat. Siapa diantara pembaca sekalian yang gemar makan Undang? Hah hari ini sis nak share resepi SAMBAL PETAI UDANG NINJA. WUUUU…. Tak sabarnya nak berkongsi resepi. Ok jom kita start dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak SAMBAL PETAI UDANG NINJA.  Ok antara-antara bahan yang diperlukan adalah:-
  • LADA KERING
  • UDANG BASAH
  • BAWANG PUTIH
  • GARAM
  • BAWANG MERAH
  • SEDIKIT BELACAN
  • PETAI
  • AIR ASAM

Ok selesai sudah dengan bahan-bahan yang diperlukan , kita move kepada cara-cara untuk memasaknya pula.
  1. 1.       Pertama sekali kisarkan bawang putih, bawang merah,sedikit belacan, serta lada kering dan masukkan sedikit air. Kisar sehingga hancur.
  2. 2.       Kemudian, panaskan kuali lalu masukkan bahan  yang telah dikisar tadi kedalam kuali, tumis sehingga masak dan naik baunnya.
  3. 3.       Setelah itu, masukkan petai yang telah dikupas dan dibelah dua kedalam tumisan.
  4. 4.       Gaulkan sehingga petai menjadi empuk .
  5. 5.       Selepas itu, masukkan udang kedalam kuali, biarkan sehingga mendidih dan letakkan sedikit air asam untuk mengelakkan sambal menjadi kering.
  6. 6.       Akhir sekali, masukkan garam dan bawang yang dihiris kedalam kuali.


Kemudian, hindangkan dengan penuh kasih rasa kasih sayang.  Hah apa lagi, Marilah cuba resepi SAMBAL  PETAI UDANG NINJA ini, tidak rugi mencubanya malah kenyang perut. Ok Kita jumpa diresepi yang seterusnya. 

No comments:

Post a Comment

HTML Comment Box is loading comments...