SEARCH

Wednesday, 3 January 2018

IKAN KEMBUNG MASAK SINGGANG


Assalamualaikum and hi everyone hari inj sis Ninja nak share resepi baru dekat you guys semua. Ok hari ini Sis Ninja akan share resepi IKAN KEMBUNG MASAK SINGGANG. 🐠🐟 . Ok jom kita tengok bahan-bahan dan cara-caranyaaaa !!!🍴🥄🍽

Bahan-bahan yang diperlukan :-

1. Ikan kembung 3-4 ekor telah dibuang tahi
2. Bawang besar 2 biji dihiris
3. Bawang putih 7 ulas diketuk
4. 1 kunyit hidup diketuk jugaa
5. 2 batang serai yang diketuk juga
6. 2 biji cili merah yang telah diketuk juga
7. 1-2 biji cili padi dihiris halus
8. 1 keping asam gelugur
9. 2 biji tomato belah 4
10. Garam
11. Gula
12. Air

Cara-cara memasak :-

1. Panaskan minyak masak didalam periuk. Masukkan air setengah periuk.

2. Masukkan ikan kembung kedalamnya. Toskan sehingga sudah kelihatan masak.

3. Masukkan bawang besar dan bawang putih kedalamnya.

4.kemudian masukkan kunyit hidup dan batang serai. Kacau serata

5. Masukkan cili merah dan cili padi kedalam masakkan.

6. Masukkan garam secukup rasa

7. Masukkan asam keping, dan tomato sekali gus.

8. Letak sesudu teh gula kedalam periuk. Kemudian tunggu sehingga kuah mengelegak dan siap !!!

Yes !! Siap pun. Tk perlu blend ke apa2 pun , just ketuk dan campak sahaja kedalam periuk dan siap ! Hah kekawan apa lagi jom lah cuba resepi mudah ini. !!

Selamat mencuba !!

No comments:

Post a Comment

HTML Comment Box is loading comments...