SEARCH

Wednesday, 27 December 2017

IKAN MASAK STIM LIMAU


Assalamualaikum and hi everyone, hari ini Sis nak share resepi IKAN MASAK STIM LIMAU. Resepi kali ini akan mencabar sedikit dan sukar kerana resepi ini dari  masakan Thai. Tapi Sis Ninja akan mempermudahkan resepi ini. Ok jom kita tengok bahan-bahan dan cara-caranya

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:-

·         Daun ketumbar dan salad (untuk hiasan)
·         3-5 cili merah *
·         ¾ biji limau nipis ( perah dan ambil airnya sahaja) *
·         Lengkuas (dipotong panjang) *
·         Setengah bawang besar *
·         4 ulas bawang putih *
·         5 ulas bawang merah *
·         Garam *
·         Serbuk perasa  *
·         Sedikit gula *
·         ½ kiub pati ayam *
·         3 helai daun limau purut *
·         1 inci halia (dipotong memanjang)] *
·         Seekor ikan siakap sederhana besar

CARA-CARA MEMASAK:-

1.       Bersihkan ikan dan sapukan garam keatasnya. Kukus dengan sedikit air selama 18-20 minit
2.       While waiting the ikan masak, panaskan sedikit minyak  masukkn semua bahan yang bertanda *. Panaskn sehingga layu kemudian tutup api.
3.       Bila ikan dan kuah tadi dah siap layu dan masak. Tuangkan kuah stim tadi keatas ikan. Dan kukus sekali lagi selama 10 minit.

4.       Lastly,angkat ikan dan siap dihindangkan !!!!

Nak masakan lebih power taburkan daun ketumbar dan salad.

Yes apa lagi jom cuba resepi dari Thailand ini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

No comments:

Post a Comment

HTML Comment Box is loading comments...