SEARCH

Monday, 30 October 2017

Maggi Goreng Ninja

Assalamualaikum and hi everyone, hari ini Kakaks Ninja nak share pasal resepi pula. Ok resepi hari ini tersangatlah mudah dan amat unik yang pastinya digemari oleh students masa kini. Ok hari ini kakaks Ninja nak share cara masak Maggi Goreng Ninja yang lagi mudah, cepat dan sedap yang pastinya,.

Ok macam biasa kita mulakan dengan bahan-bahan yang diperlukan. Ok bahan-bahan yang diperlukan adalah


  • Mee Maggi
  • Perencah kari Maggi 
  • Bawang putih yang telah diketuk
  • Sosej yang telah dihiriskan 
  • cili yang telah dipotong halus.
  • Setengah cawan air masak


Ok settle pasal bahan-bahan yang diperlukan. Ok kita teruskan dengan cara-cara memasak pula.
Ok jom kita start dengan step pertama.

  1.  Celurkan mee maggi tadi sehingga lembut dan selepas itu angkat.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama cili yang telah dipotong tadi.
  3. Kemudian masukkan sosej yang telah dihiris tadi goreng sehingga masak lalu masukkan mee maggi yang telah dicelurkan sebentar tadi.
  4. Kemudian masukkan air setengah cawan kedalam kuali lalu masukkan perencah kari maggi itu.
  5. Dan siap dihindangkan !!

Ok siap. Senang bukan? Mudah lagi tu. Kita guna maggi sup untuk jadikan maggi goreng. Yang mana student yang dah naik muak dengan maggi soup boleh lah cuba resepi ini untuk transform kannya menjadi maggi goreng Ninja. 


Ok sampai sini saja perkongsian dari Kakaks Ninja untuk post kali ini. Selamat mencuba kepada para readers sekalian. Nantikan post kami yang seterusnya. :) 

No comments:

Post a Comment

HTML Comment Box is loading comments...