Assalamualaikum dan Apa Khabar semua. Sihat belaka dak ? Ok Ingat tak post lepas yang Sis cerita about Carnival Soul Station yang diadakan di Universiti Selangor yang dijalankan selama 3 hari itu. Post kali ini bukan untuk berkongsi tentang resepi makanan, tetapi posts kali ini untuk menceritakan serba sedikit tentang booth-booth yang menarik minat pengunjung Karnival Soul Station ini.
Ok jom kita start.
Ok kita start dengan booth haiwan ini. Ok booth ni tersangatlah menarik perhatian kerana haiwan-haiwan yang disediakan diBooth ini tersangat lah comel dan jarang boleh kita jumpai antaranya ular, angsa, ayam yang berwarna,arnab, Iguana, dan banyak lagi. Para pengunjung bukan sahaja boleh melihat tetapi juga boleh memegangnya dengan bayaran RM5 sahaja. Para penghujung tidak perlu risau dengan haiwan-haiwan tersebut kerana haiwan2 ini adalah jinak.
Ok nampak tak air blended yang Sis pegang ni. Serious tak tipu sedap gila. Ok ini flavor Nutella Milk Shake, hanya RM6 sahaja. Di booth air blended ini tidak menjual air blended yang biasa-biasa kita jumpa dekat Uptown or pasar malam mana-mana. Di booth ini mereka menjual air blended yang unik dan jarang dijumpai sekali antaranya Cadbury milk shake, dam milk shake, dan pelbagai lagi yang pastinya mereka menjualnya dengan harga yang berpatutan kerana air yang paling mahal mereka jual adalah dengan harga RM6 SAHAJA !!!
Next booth yang Sis nak kongsikan pula. Ok siapa je tak mengenali ayam gunting betul tak. Express dan spicy gitu. Booth ayam gunting ini pun tak melepaskan peluang untuk berniaga semasa karnival Soul Station ini berlangsung. Sangat bagus dan sangat strategik marketing peniaga ini kerana mereka tahu ayam gunting mereka pasti mendapat tempat dihati penghujung.
Ok Sis sempatlah menyinggah satu booth teh herba ini. Kakaks Ninja pantang dapat makanan free, so kami cubalah teh herba yang diberikan oleh salah seorang makcik yang meniaga teh herba ini. Pheewwwwww rasa dia walaupun suam sungguh sedap , berangin dan ketika minum teh tersebut masih dapat membau auromanya yang nyaman. Kakaks Ninja sungguh terpegun dengan teh herba ini dan disebabkan itu Kakaks Ninja ada sedikit menemubual mak cik yang meniaga teh ini. Serba sedikit informasi yang kami perolehi adalah teh herba ini mengandungi madu kelulut, lemon dan serai. Patut sahaja lazat dan rasa berkhasiat. Kilang teh herba ini berada di Johor Bharu.
Ingat dekat Sarawak je mampu dapat kek lapis ini? Hah dekat Karnival Soul Station sendiri pun dapat membeli lagi dapat mencuba sebelum membeli pun bolehlah. Ok kek lapis Sarawak ini adalah homemade dan dibuat sendiri oleh penjual tersebut. Antara perisa yang dijual di booth ini adalah perisa oreo, keladi, cheese, red velvet, dan chocolate. Kakaks juga sempat menemu bual peniaga ini walaupun peniaga ini sakit tekak. Peniaga ini mengatakan sudah 3 tahun dia berniaga kek lapis Sarawak ini, pada awalnya hanya menerima tempahan dari rumah sahaja dan rezeki memihak kepadanya sehingga dia mampu membuka gerai kek batik Sarawaknya sendiri. Peniaga ini berkata lagi, modal yang diperlukan tidak banyak hanya seratus lebih.
Booth yang brother ini jaga menjual air teh tarik meleleh yang tengah viral sekarang ini. Rugi lah pada sesiapa yang tidak mencuba teh tarik meleleh brother ni. Bukan senang nak jumpa lagi-lagi tengah hangat diperkatakan.
Ya tengoklah muka kegembiraan Kakak Ninja sorang ni apabila dapat membeli samosa kentang kegemarannya zaman sekolah lagi. Dibooth ini menjual kuih-kuih yang bergoreng seperti karipap dan juga samosa. Apa kelainan kuih yang dijual disini dengan kuih yang berada di booth yang lain, perbezaannya adalah saiz kuih tersebut !! Kalau dulu masa sekolah kakak ni kena beli 3 sekali untuk puas memakannya, kali ini kakak hanya beli satu sahaja kerana saiznya yang bedar sudah cukup untuk dimakan. Berbaloi lagi tu dengan RM1 dah dapat samosa yang besar. Tak rugi kakak beli.
Sampai kesenja Kakaks Ninja berada di Karnival ini. Terlalu banyak booth yang belum sempat kami singgah . Tetapi setakat ini, kesemua booth yang kami singgah amat berpuas hati dan sangat seronok kerana dilayan dengan begitu peramah sekali.
Dan ini adalah merupakan pentas utama dimana semua artis jemputan dan semua pertandingan diadakan. Simple but nice. Di pentas ini kita dah boleh nampak logo unisel dan nombor 10 yang bermaksud 10 tahun kelahiran Astro Oasis.
Booth dimana semua pengunjung boleh meluahkan harapan dan impian dan juga suara mereka untuk Selangor. Di booth ini para pengunjung boleh berkongsi apa yang mereka mahukan terhadap selangor dengan menulis di kertas dan akan ditampal di dinding dan semua harapan-harapan ini akan dihantar kepihak atasan Selangor untuk ditengahkan. Bukan sahaja dapat meluahkan malah selepas itu mendapat sagu hati seperti sticker, pen dan juga kipas.
Setakat ini sahaja perkongsian Kakaks Ninja terhadap Booth-booth yang ada di Karnival Soul Station ini. Sis berterima kasih sangat kepada readers sekalian yang sudi meluangkan masa membaca post yang panjang berjeler ini. Semoga dengan perkongsian serba sedikit ini mampu menambahkan pengetahuan pembaca terhadap Karnival Soul station ini yang dijalankan di Universiti Selangor dengan kerjasam KGM Event dan Astro Oasis.
KIta jumpa di post yang seterusnya. Assalamualaikum