SEARCH

Thursday, 4 January 2018

2018

Assalamualaikum semuanya !! Hi apa khabar? Sekarang ini sudah masuk tahun 2018. Tahun yang baru dan yang pastinya semua ada azam yang baru untuk tahun 2018 ini. Harap semua azam tahun baru kamu semua dapat dicapai, InsyaAllah Amin. Tapi yang pastinya di tahun yang baru ini, kita mestilah menjadi manusia dan umat islam yang lebih baik daripada yang sebelumnya.

Jangan takut untuk kehilangan sesuatu jika berubah, kerana Tuhan dah tentukan yang terbaik untuk kita. Kita hanya perlu tunggu dan bersyukur sahaja.

Pada tahun baru ini, Sis Ninja berharap semua dalam keadaan sihat walafiat bersama keluarga tersayang. Hargai lah mereka selagi mereka ada disisi.

So dikesempatan ini Sis Ninja nak ucapkan HAPPY NEW YEAR 2k18 to our beloved readers !! Keep following us and thank you so much for supporting our blog!! Love you guys. KEEP CALM AND LOVE COOKING ❤️❤️❤️
Comment Form is loading comments...

kek batik ninja


Hi Assalamualaikum semuanya!! Hari ini sis nak share resepi lain dari yang lain sikit. Sis Ninja nak share resepi kek hari ini. Yang pastinya kek ini tak susah pun. Senang dan bahan2 yang diperlukan pun mudah dicari dan tidak mahal pun. Ok sis akan kongsikan dekat awak2 semua resepi KEK BATIK. Hah siapa je yang tak suka Makan kek batik. Asyik tunggu orang buat dan jual je baik kita cuba sendiri. Bukan susah pun. Ok jom kita tengok baha dan caranya !! Lets start !!

BAHAN-BAHAN RESEPI KEK BATIK:

Milo – 100gram
Susu pekat manis – 195gram
Susu segar – 100ml
Biskut Marie – 300gram(Siap dipatah dua)
Anda juga boleh guna lain biskut. Mengikut citarasa masing-masing
Mentega – 125gram
Kacang almond (siap dipotong & dipanggang)
Serbuk koko – 15gram

CARA-CARA MENYEDIAKAN KEK BATIK:

1. Pertama sekali, cairkan marjerin di dalam kuali

2. Kemudian, masukkan susu pekat, Milo dan serbuk koko

3. Gaul kesemuanya sehingga sebati. Pastikan tidak berketul

4. Kemudian, masukkan biskut
5. Gaul biskut dengan coklat sehingga semua sebati

6. Kemudian, masukkan kacang almond
Gaul sehingga sebati

7. Pastikan biskut tidak hancur semasa menggaul

8. Ambil bekas loyang yang di lapik plastik di atas nya

9. Kemudian, tuang semua bahan tadi ke dalam bekas

10. Tekan bahan tersebut sehingga mampat di dalam bekas loyang itu

11. Kemudian, simpan kek anda dalam peti sejuk untuk disejukkan

12. Sejukkan dalam 4-6jam

Hah siap sudah !!! Senang kan senang kan ???!! Hah apa lagi kekawan semua, jom lah kita cuba resepi kek batik ninja ini. Mudah dan sedap!!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera🌸
Comment Form is loading comments...

cucur ikan bilis


Assalamualaikum hi semua !! Hari ini Sis Ninja nak share resepi yang awak semua boleh masak untuk makan breakfast and for minum petang. Sis Ninja nak share resepi CUCUR IKAN BILIS yang pasti simple dan bahan yang diperlukan berpatutan. Ok jom kita start !!!

Bahan-bahan yang diperlukan :-

1. Tepung gandum 2 cawan besar
2. Air 1 1/2 cawan
3. Ikan bilis yang telah dikopek 2
4. Secubit garam
5. Bawang merah 3 biji dihiris halus
6. Minyak masak

Cara-cara memasak:-
1. Ambil 1 mangkuk besar, letak kan tepung gandum kedalamnya.

2. Masukkan air kedalamnya. Gaul sehingga sekata dan tepung itu menjadi lembik tak terlalu kelat dan tidak terlalu lembik .

3. Masukkan ikan bilis yang telah dicuci dan serta bawang merah.

4. Masukkan garam dan kacau sebati.

5. Panaskan minyak didalam kuali.

6. Kemudian ambil sudu besar kaut tepung yang telah dibancuh tadi dan letak kedalam kuali secara bulat. Goreng sehingga kekuningan dan angkat.

7. Siap dihindangkan untuk orang tersayang

Horray !!! Mudah bukan? Sudahlah senang kemudian sedap pula itu. Jom lah kawan-kawan semua cuba resepi mudah ini. Tidak rugi !!

Selamat Mencuba dan Menjamu selera !!

Wednesday, 3 January 2018

NASI GORENG CINA


Hi Assalamualaikum semua !!! Hari ini sis ninja nak share resepi yang seperti biasanyaa simple dan pasti menjimatkan. Ok hari ini Sis Ninja akan kongsikan resepi Nasi Goreng Cina dekat semuaaa . Ok tak mau cerita banyakk , jom kita start !!

Bahan-bahan yang diperlukan :-

1. Carrot yang telah dipotong kecil dan dadu.
2. Telur sebiji
3. Bertih jagung
4. Nasi
5. Perencah nasi goreng cina
6. Minyak masak
7. Bawang putih 4 ulas
8. Kacang pis

Cara- cara memasak:-

1. Panaskan minyak, dan masukkan bawang putih yang telah diketuk. Masak sehingga kekuninggan.

2. Masukkan telur pastikan telur yang didalm
Kuali dicerai-ceraikan.

3. Kemudian masukkan nasi kedalam kuali. Gaul sekata.

4. Masukkan perencah nasi goreng cina setengah sudu besar.

5. Kemudian masukkan , carrot, bertih jagung dan juga kacang pis.

6. Gaul semuanya sehingga nasi sudah kering.

Hah kemudian siap untuk dihindangkan kepada keluarga dan rakan-rakan tersayang. !!! Mudah sahaja resepi nasi goreng cina versi sis ninja ini. Hah apa lagi
Jom lah cuba kekawan semua !!!

Selamat mencuba dan menjamu selera ! 🍽🍴πŸ₯„πŸ₯’πŸ₯£

IKAN KEMBUNG MASAK SINGGANG


Assalamualaikum and hi everyone hari inj sis Ninja nak share resepi baru dekat you guys semua. Ok hari ini Sis Ninja akan share resepi IKAN KEMBUNG MASAK SINGGANG. 🐠🐟 . Ok jom kita tengok bahan-bahan dan cara-caranyaaaa !!!🍴πŸ₯„πŸ½

Bahan-bahan yang diperlukan :-

1. Ikan kembung 3-4 ekor telah dibuang tahi
2. Bawang besar 2 biji dihiris
3. Bawang putih 7 ulas diketuk
4. 1 kunyit hidup diketuk jugaa
5. 2 batang serai yang diketuk juga
6. 2 biji cili merah yang telah diketuk juga
7. 1-2 biji cili padi dihiris halus
8. 1 keping asam gelugur
9. 2 biji tomato belah 4
10. Garam
11. Gula
12. Air

Cara-cara memasak :-

1. Panaskan minyak masak didalam periuk. Masukkan air setengah periuk.

2. Masukkan ikan kembung kedalamnya. Toskan sehingga sudah kelihatan masak.

3. Masukkan bawang besar dan bawang putih kedalamnya.

4.kemudian masukkan kunyit hidup dan batang serai. Kacau serata

5. Masukkan cili merah dan cili padi kedalam masakkan.

6. Masukkan garam secukup rasa

7. Masukkan asam keping, dan tomato sekali gus.

8. Letak sesudu teh gula kedalam periuk. Kemudian tunggu sehingga kuah mengelegak dan siap !!!

Yes !! Siap pun. Tk perlu blend ke apa2 pun , just ketuk dan campak sahaja kedalam periuk dan siap ! Hah kekawan apa lagi jom lah cuba resepi mudah ini. !!

Selamat mencuba !!

KUEW TEOW BASAH




Assalamualaikum hi semua, hari ini sis nak share resepi masak KUEW TEOW BASAH NINJA. Ok jom kita start !!

Bahan-bahan yang diperlukan :-

1. Kuew teow
2. Cili kering dalam 10 tangkai
3. Cili api  6 tangkai dihiris
4. Sebiji bawang besar
5. 6 ulas bawang putih
6. Perencah cukup rasa
7. Kicap manis
8. Tauge yang telah dicelur
9. Udang
10. Sos tiram
11. Air secawan
12. Minyak masak


Cara-cara memasak :-

1. Blend bawang besar, cili kering, 3 ulas bawang putih. Dan ketepikan.

2. Panaskan minyak, tumis 3 ulas bawang putih yang telah diketuk. Jangan terlalu kekuningan

3. Masukkan bahan yang telah diblend tadi kedalam tumisan.

4. Masukkan secubit garam,  masukkan sos tiram dalam 4 sudu besar.

5. Masukkan perencah cukup rasa.

6. Masukkan udang.

7. Masukkan kuew teow kedalam kuali. Gaul sekata.

8. Masukkan air, bagi kuahnya banyak.

9. Masukkan kicap bagi kuew teow itu hitam.  Dalam 5 sudu besar.

10. Masukkan tauge. Tunggu sehingga kuah megelengak kemudian dah boleh padamkan apinya.

Yes siap sudahh !! Hah apa lagi kekawan semua. Jom lah cuba resepi KUEW TEOW BASAH NINJA ini. Pastinya sedap dan dijamin !!!

SELAMAT MENCUBA 🍴🍽πŸ₯£πŸ₯’πŸ₯„

Spegthi Carbonara



Assalamualaikum hi semuanya. Hari ini sis Ninja nak share resepi Spegthi Carbonara. Lamaaa rasanyaa tak makan western food. Ok jom kita tengok cara dan bahan yang diperlukan !! 🍝

Bahan- bahan yang diperlukan :-
1. Bawang putih 4 ulas dihiris dan diketuk
2. Black pepper
3.  Cendawan dalam tin yang dipotong kecil
4. Minyak zaitun
5. Mee spegthi
6.  Prego cendawan
7. Bawang holland setengah biji yang dihiris halus
8. Garam
9. Air 3/4 cawan
10. Sosej yang telah dihiris

Cara-cara :-
1. Celurkan mee spegthi sehingga lembik dan ketepikan.

2.  Panaskan minyak didalam kuali

3. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga masak jangan terlalu kekuningan

4. Masukkan prego kedalam kuali. Kemudian masukkan secubit garam.

5. Masukkan air, gaul kan sekata.

6. Masukkan cendawan dan sosej kedalam prego.

7. Bila kuah prego sudah mengelegak. Tutup api.

8.letak kan mee spegthi kedalam pinggan dan tuangkan kuah keatas mee. Taburkan sedikit black pepper.

Yes siap !!! Mudah bukan ?! Jom cuba resepi mudah dari Sis Ninja ini. SELAMAT MENCUBA !!
HTML Comment Box is loading comments...