SEARCH

Wednesday, 27 December 2017

NASI LEMAK NINJA


Assalamualaikum semua, hari ini Sis Ninja nak share resepi makanan tradisional Malaysia. Siapa je rakyat Malaysia yang tak suka NASI LEMAK kan? Ok jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara yang diperlukan:-

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:-

1. BERAS
2. DAUN PANDAN 3 HELAI
3. 1 KOTAK SANTAN
4. KACANG TANAH
5. TELUR REBUS
6. IKAN BILIS YANG DAH SIAP DIGORENG
7. TIMUN YANG TELAH DIHIRIS
8. CILI KERING SENGENGGAM
9. BELACAN
10. 3 BIJI BAWANG BESAR
11. 2 ULAS BAWANG MERAH
12. 4 ULAS BAWANG PUTIH
13. GARAM
14. GULA
15. SETENGAH GENGGAM IKAN BILIS
16. SERBUK PERASA
17. MINYAK MASAK
18. AIR PERAHAN ASAM JAWA


CARA-CARA MENYEDIAKAN NASI :-


1. Basuh beras sehingga bersih, kemudian sukat air separas beras, masukkan sekotak santan dan masukkan daun pandan. kemudian, tambah setengah cawan air.


CARA-CARA MASAK SAMBAL TUMIS:-

1. BLEND SEDIKIT IKAN BILIS, BAWANG MERAH, CILI KERING DAN BAWANG PUTIH. KETEPIKAN

2. PANASKAN MINYAK DIDALAM KUALI, TUMIS BAWANG BESAR YANG TELAH DIHIRISKAN, KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN YANG TELAH DIBLEND TADI KEDALAM KUALI.

3. MASUKKAN SEDIKIT AIR SUPAYA SAMBAL TIDAK KERING

4. MASUKKAN SEDIKIT AIR ASAM

5. LAST SEKALI MASUKKAN GARAM, GULA, SERBUK PERASA. GAUL SEHINGGA MASAK DAN SAMBAL SUDAH KERING. 

SIAPPP.. SO BOLEH LER COMBINE KAN SAMBAL TADI DAN NASI TADI. AGAK RUMIT PEMBEMBUATANNYA. 

AYAM MASAK LADA HITAM


Assalamualaikum hi semua,  hari ini sis nak share resepi yang sis masak semalam iaitu AYAM MASAK LADA HITAM. Ok tak nak cakap banyak. Jom kita start terus dengan bahan dan kemudian cara-caranya.


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:- 
- ayam
-6 ulas bawang merah – ditumbuk
-2 ulas bawang putih – ditumbuk
-1 inci halia – dihiris
-1 sudu kecil lada hitam
-2 sudu besar sos tiram
-4 sudu besar kicap manis
-beberapa biji cili padi – jika suka
-1/2 cawan air
-1 sudu kecil tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air
-Garam dan gula
-Minyak masak untuk menumis
BAHAN PERAP :-
-2 sudu besar kicap manis
-2 sudu besar sos tiram
-1 sudu kecil lada hitam
Cara Memasak:
1. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian goreng atau panggang sehingga masak.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau.
4. Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

finally siap juga. ok jom cuba resepi mudah ini.

AYAM MASAK KUNYIT


Assalamualaikum, hari ini Sis Ninja nak share resepi AYAM MASAK KUNYIT. Ok jom kita terus kepada bahan-bahan dan cara-cara.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :-

1.       Isi ayam bahagian dada yang telah dipotong kecil
2.       4 ulas bawang putih dihiris
3.       Minyak masak
4.       Kacang panjang dipotong 2 inci
5.       Sebiji bawang merah dihiris halus
6.       Setangkai biji merah hiris nipis
7.       Sesudu serbuk kunyit
8.       Sebiji bawang besar- hiris nipis

CARA-CARA

1.       Gaul isi ayam dengan serbuk kunyit serta sedikit garam. Perap selama 5 minit gitu
2.       Panaskan minyak dan goreng ayam tadi. Kacau jangan bagi sampai hangus dank eras.
3.       Masukkan bawang merah dan bawang putih.
4.       Bila ayam dah hamper masak, masukkan bawang besar, kacang panjang dan cili merah. Taburkan sedikit gula.

Kemudaian dah boleh angkat dan hindangkan kepada keluarga atau rakan-rakan tersayang. Jom lah cuba resepi mudah dan simple ini. Selamat mencuba >.<’

IKAN MASAK STIM LIMAU


Assalamualaikum and hi everyone, hari ini Sis nak share resepi IKAN MASAK STIM LIMAU. Resepi kali ini akan mencabar sedikit dan sukar kerana resepi ini dari  masakan Thai. Tapi Sis Ninja akan mempermudahkan resepi ini. Ok jom kita tengok bahan-bahan dan cara-caranya

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:-

·         Daun ketumbar dan salad (untuk hiasan)
·         3-5 cili merah *
·         ¾ biji limau nipis ( perah dan ambil airnya sahaja) *
·         Lengkuas (dipotong panjang) *
·         Setengah bawang besar *
·         4 ulas bawang putih *
·         5 ulas bawang merah *
·         Garam *
·         Serbuk perasa  *
·         Sedikit gula *
·         ½ kiub pati ayam *
·         3 helai daun limau purut *
·         1 inci halia (dipotong memanjang)] *
·         Seekor ikan siakap sederhana besar

CARA-CARA MEMASAK:-

1.       Bersihkan ikan dan sapukan garam keatasnya. Kukus dengan sedikit air selama 18-20 minit
2.       While waiting the ikan masak, panaskan sedikit minyak  masukkn semua bahan yang bertanda *. Panaskn sehingga layu kemudian tutup api.
3.       Bila ikan dan kuah tadi dah siap layu dan masak. Tuangkan kuah stim tadi keatas ikan. Dan kukus sekali lagi selama 10 minit.

4.       Lastly,angkat ikan dan siap dihindangkan !!!!

Nak masakan lebih power taburkan daun ketumbar dan salad.

Yes apa lagi jom cuba resepi dari Thailand ini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Tuesday, 26 December 2017

AYAM MASAK KURMA



Assalamualaikum hi semua pembaca kesayangan Sis Ninja. Harap semua dalam keadaan sihat belaka. Macam biasa, dihari yang baru, sis akan share resepi yang baru dekat readers kesayangan Sis Ninja ini. Ok hari ini sis Ninja nak share resepi Ayam Masak Kurma. Ok jom kita start !!!!

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:-
1.    Ayam
2.    4 ulas bawang merah yang telah dihiris
3.    4 ulas bawang putih yang telah dihiris
4.    Sebiji bawang besar yang telah dipotong 4
5.    2 biji ubi kentang
6.    Sebiji buah tomato yang telah dipotong 2
7.    Rempah tumisan-bunga lawang, kayu manis,buah pelage
8.    3 sudu besar rempah kurma
9.    1 kotak santan-campur air secukupnya
1. Garam
1.  Gula
1.  Serbuk perasa
1.  Asam keping
1.  1 sudu teh kerisik

BAHAN KISAR
1.    4 ULAS BAWANG MERAH
2.    1 INCI HALIA


CARA-CARA MEMASAK:-
1.    Panaskan minyak, tumis rempah tumis, bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris sehingga kekuningan
2.    Masukkan bawang merah dan halia yg dikisar.
3.    Masukkan rempah kurma dan tumis sehingga rempah kurmaa tadi berminyak.
4.    Masukkan ayam,bawang besar dn ubi kentang.
5.    Masukkan santan dan air secukupnya.
6.    Masukkan garam, gula,kerisik dan asam keping
7.    Lastly, masukkan tomato. Kemudian tunggi kuah naik minyak cantic, boleh dah tutup api.


Hah siap, apa lagi. Jom lah cuba resepi ayam masak kurma versi ninja ini. Selamat mencuba kekawan sekalian. :*

KENTANG MASAK SAMBAL IKAN BILIS



Hi semua, hari ini Sis Ninja kembali lagi dengan resepi baru. Ok hari ini Sis Ninja nak share resepi Kentang masak Sambal ikan Bilis. Bagi sesiapa yang nak jimat sebab duit dah tinggal nyawa-nyawa ikan boleh cuba resepi ini. Ok jom kita start!

Bahan-bahan yang diperlukan:-
1.       Kentang yang telah dibuang kulit
2.      Ikan bilis yang telah dikopek dan dibuang tahi
3.      Sengenggam cili kering
4.      2 labu bawang merah
5.      4 ulas bawang putih
6.      Secubit garam
7.      Asam keeping
8.      Minyak masak

Cara-cara memasak:-
1.       Potong kentang ikut cita rasa, dan goreng sehingga kekuningan dan ketepikan.
2.      Blend bawang merah, bawang putih, dan cili kering sekali. Ketepikan juga selepas itu
3.      Panaskan minyak , kemudian masukkan bahan yang telah diblend tadi kedalam kuali
4.      Tunggu sehingga bahan tumisan naik bau dan sudah pecah lemak.
5.      Masukkan asam keping, garam serta ikan bilis.
6.      Ok last sekali, masukkan kentang yang telah digoreng tadi kedalam kuali.


Ok siap! Mudah dan bahan-bahan yang diperlukan tak mahal dana mat menjimatkan. Jom cuba resepi mudah ini ! SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA !!

NUGGET SAMBAL



Hi semua, hari yang baru ini, of course lah resepi pun barukan. Ok hari ini sis Ninja nak share resepi NUGGET MASAK SAMBAL. Hah aneh bunyinyakan? Mesti jarang Nampak orang masak nugget bersambal. Selalunya goreng sahaja dan cicah dengan sos. Sis jadikan ia masakan sambal bila Sis Ninja rasa muak makan bergoreng so Sis buat idea untuk jadikan ia bersambal. Ok jom kita tengok resepi baru dari Sis ni, yang pasti nya mudah dan masak seperti sambal biasa sahaja.

Bahan-bahan yang diperlukan:-
1.       Nugget Ayam yang telah siap digoreng
2.       Sengenggam cili kering
3.       3 labu bawang merah
4.       4 ulas bawang putih
5.       Garam
6.       Minyak masak

CARA-CARA MEMASAK:-
1.       BLEND 2 LABU BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH DAN CILI KERING. KEMUDIAN TEPIKAN
2.       PANASKAN MINYAK DAN TUMIS SELABU BAWANG MERAH YANG TELAH DIHIRIS  HALUS
3.       MASUKKAN BAHAN BLEND TADI KEDALAM TUMISAN. TUMIS SEKALI SEHINGGA PECAH LEMAK DAN NAIK BAU.
4.       MASUKKAN SECUBIT GARAM
5.       AKHIR SEKALI MASUKKAN NUGGET YANG TELAH DIGORENG TADI KEDALAM KUALI.


YESS!!!!! Siap pun ! mudah bukan? Hah apa la jom lah cuba. Tak rugi pun kawan-kawan. SELAMAT MENCUBA SEMUANYA.
HTML Comment Box is loading comments...