SEARCH

Tuesday, 26 December 2017

AYAM MASAK KURMA



Assalamualaikum hi semua pembaca kesayangan Sis Ninja. Harap semua dalam keadaan sihat belaka. Macam biasa, dihari yang baru, sis akan share resepi yang baru dekat readers kesayangan Sis Ninja ini. Ok hari ini sis Ninja nak share resepi Ayam Masak Kurma. Ok jom kita start !!!!

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:-
1.    Ayam
2.    4 ulas bawang merah yang telah dihiris
3.    4 ulas bawang putih yang telah dihiris
4.    Sebiji bawang besar yang telah dipotong 4
5.    2 biji ubi kentang
6.    Sebiji buah tomato yang telah dipotong 2
7.    Rempah tumisan-bunga lawang, kayu manis,buah pelage
8.    3 sudu besar rempah kurma
9.    1 kotak santan-campur air secukupnya
1. Garam
1.  Gula
1.  Serbuk perasa
1.  Asam keping
1.  1 sudu teh kerisik

BAHAN KISAR
1.    4 ULAS BAWANG MERAH
2.    1 INCI HALIA


CARA-CARA MEMASAK:-
1.    Panaskan minyak, tumis rempah tumis, bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris sehingga kekuningan
2.    Masukkan bawang merah dan halia yg dikisar.
3.    Masukkan rempah kurma dan tumis sehingga rempah kurmaa tadi berminyak.
4.    Masukkan ayam,bawang besar dn ubi kentang.
5.    Masukkan santan dan air secukupnya.
6.    Masukkan garam, gula,kerisik dan asam keping
7.    Lastly, masukkan tomato. Kemudian tunggi kuah naik minyak cantic, boleh dah tutup api.


Hah siap, apa lagi. Jom lah cuba resepi ayam masak kurma versi ninja ini. Selamat mencuba kekawan sekalian. :*

KENTANG MASAK SAMBAL IKAN BILIS



Hi semua, hari ini Sis Ninja kembali lagi dengan resepi baru. Ok hari ini Sis Ninja nak share resepi Kentang masak Sambal ikan Bilis. Bagi sesiapa yang nak jimat sebab duit dah tinggal nyawa-nyawa ikan boleh cuba resepi ini. Ok jom kita start!

Bahan-bahan yang diperlukan:-
1.       Kentang yang telah dibuang kulit
2.      Ikan bilis yang telah dikopek dan dibuang tahi
3.      Sengenggam cili kering
4.      2 labu bawang merah
5.      4 ulas bawang putih
6.      Secubit garam
7.      Asam keeping
8.      Minyak masak

Cara-cara memasak:-
1.       Potong kentang ikut cita rasa, dan goreng sehingga kekuningan dan ketepikan.
2.      Blend bawang merah, bawang putih, dan cili kering sekali. Ketepikan juga selepas itu
3.      Panaskan minyak , kemudian masukkan bahan yang telah diblend tadi kedalam kuali
4.      Tunggu sehingga bahan tumisan naik bau dan sudah pecah lemak.
5.      Masukkan asam keping, garam serta ikan bilis.
6.      Ok last sekali, masukkan kentang yang telah digoreng tadi kedalam kuali.


Ok siap! Mudah dan bahan-bahan yang diperlukan tak mahal dana mat menjimatkan. Jom cuba resepi mudah ini ! SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA !!

NUGGET SAMBAL



Hi semua, hari yang baru ini, of course lah resepi pun barukan. Ok hari ini sis Ninja nak share resepi NUGGET MASAK SAMBAL. Hah aneh bunyinyakan? Mesti jarang Nampak orang masak nugget bersambal. Selalunya goreng sahaja dan cicah dengan sos. Sis jadikan ia masakan sambal bila Sis Ninja rasa muak makan bergoreng so Sis buat idea untuk jadikan ia bersambal. Ok jom kita tengok resepi baru dari Sis ni, yang pasti nya mudah dan masak seperti sambal biasa sahaja.

Bahan-bahan yang diperlukan:-
1.       Nugget Ayam yang telah siap digoreng
2.       Sengenggam cili kering
3.       3 labu bawang merah
4.       4 ulas bawang putih
5.       Garam
6.       Minyak masak

CARA-CARA MEMASAK:-
1.       BLEND 2 LABU BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH DAN CILI KERING. KEMUDIAN TEPIKAN
2.       PANASKAN MINYAK DAN TUMIS SELABU BAWANG MERAH YANG TELAH DIHIRIS  HALUS
3.       MASUKKAN BAHAN BLEND TADI KEDALAM TUMISAN. TUMIS SEKALI SEHINGGA PECAH LEMAK DAN NAIK BAU.
4.       MASUKKAN SECUBIT GARAM
5.       AKHIR SEKALI MASUKKAN NUGGET YANG TELAH DIGORENG TADI KEDALAM KUALI.


YESS!!!!! Siap pun ! mudah bukan? Hah apa la jom lah cuba. Tak rugi pun kawan-kawan. SELAMAT MENCUBA SEMUANYA.

SAMBAL PETAI UDANG



Assalamualaikum Hi semua, hari ini Sis Ninja nak share resepi baru dekat you guys semua. Today Sis Ninja nak share resepi  SAMBAL PETAI UDANG.  Gabungan mantap udang bersama petai…. Wuuu sedapnyaaa… Ok jom kita start sebab Sis dah tak tahan nak share resepi ini.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:-
1.       PETAI YANG TELAH DIBUANG KULIT
2.       3 LABU BAWANG MERAH
3.       6 ULAS BAWANG PUTIH
4.       1 SUDU TEH GARAM
5.       MINYAK MASAK
6.       UDANG YANG TELAH DIPERAP DENGAN KUNYIT
7.       SEGENGAM CILI KERING
8.       BELACAN SEBESAR IBU JARI
9.       1 KEPING ASAM JAWA
1.   1 SUDU TEH GULA


CARA-CARA MEMASAK:-
1.       TERLEBIH DAHULU GORENG UDANG TADI SEHINGGA KEKUNINGAN, KEMUDIAN ANGKAT DAN KETEPIKANNYA.
2.       BLEND ATAU TUMBUK 2 LABU BAWANG MERAH, 6 ULAS BAWANG PUTIH, BELACAN, DAN CILI KERING. KEMUDIAN KETEPIKAN TERLEBIH DAHULU.
3.       PANASKAN MINYAK, TUMIS SELABU BAWANG MERAH YANG TELAH DIHIRIS HALUS SEHINGGA KEKUNINGAN.
4.       MASUKKAN BAHAN BLEND TADI KEDALAM TUMISAN. TUMIS SEHINGGA PECAH LEMAK DAN SUDAH NAIK BAU.
5.       MASUKKAN GARAM DAN GULA KEDALAM KUALI.
6.       KEMUDIAN MASUKKAN PETAI KEDALAM KUALI YANG TELAH DIBELAH DUA.
7.       MASUKKAN UDANG PULA.
8.       AKHIR SEKALI MASUKKAN ASAM KEPING KEDALAM KUALI.


Alhamdulillah siap pun. Senang tak? Mudah kan kawan-kawan sekalian? Jom lah cuba resepi mudah dan pastinya cermat ini . SELAMAT MENCUBA >.<

KUIH TIRAM


Assalamualaikum hi everyone, hari ini Sis Ninja nak share resepi baru dekat you guys semua. Ok hari ini sis nak share resepi KUIH TIRAM  yang sangat simple dan mudah sangat. Bagi sesiapa yang tak ada oven dekat rumah but nak juga buat kuih untuk raya atau minum petang boleh cuba untuk buat kuih Keria ini. Ok jom kita start dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk buat KUIH KERIA ini.
Bahan- bahan yang diperlukan :-
1.       Sebiji telur
2.       150-160 ml air
3.       3 sudu besar tepung ubi
4.       4 cawan tepung gandum
5.       Secubit garam
6.       6 sudu minyak masak
7.       3-4 sudu besar butter
8.       Gula halus

Cara-cara pembuatannya:-
1.       Ambil 1 bekas yang besar dan masukkan tepung gandum, butter, telur, air , dan garam kedalamnya.
2.        Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
3.       Kemudian bahagikan doh menjadi beberapa bahagian dan canaikan sehingga nipis.
4.       Sementara itu, satukan tepung ubi dan minyak masak dan sapu diatas adunan tadi.
5.       Gulung adunan dan potong menyerong dan canaikan nipis lagi
6.       Panaskan minyak masak dan goreng kuih sehingga masak
7.        Selepas masak, tunggu sehingga kuih itu tidak panas lagi.
8.       Celup kuih yang telah digoreng tadi kedalam gula halus.
Yes, finally siap, senang mudah dan simple sahaja. Jom lah cuba resepi mudah ini.

SELAMAT MENCUBA  KAWAN-KAWAN!!!

Monday, 25 December 2017

PISANG GORENG

ASSALAMUALAIKUM SEMUA, HARI INI SIS NAK SHARE FAV RAMAI ORANG KETIKA MINUM PETANG. OK JOM BACA SAMPAI HABIS SUPAYA SEMUA TAHU RESEPI DARI SIS NINJA NI. 

Bahan-bahan:
Pisang (apa-apa jenis pisang)
2 cawan gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu gula
4 sudu besar minyak panas(betul-betul panas)
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1) Panaskan minyak untuk menggoreng.
2) Campurkan tepung gandum, gula dan garam.
3) Masukkan air secukupnya dan gaul biar sebati. Biar adunan pekat.
4) Masukkan minyak panas dan gaul sebati bersama adunan.
5) Celupkan pisang ke dalam adunan dan goreng sehingga keperangan atau garing.
6) Angkat dan sedia untuk dihidang.

ok settle . apa lagi cuba lah . senang gila kan? hah jom pratikkan.

ARCA NENAS


Assalamualaikum hi semua , hari ini sis Ninja nak share resepi ARCA NENAS. ok jom baca sampai habis untuk tahu bahan dan cara untuk buat ARCA NENAS ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:-
4 potong nenas - hiris nipis
1 biji timun - hiris nipis
1 biji cili merah - hiris serong nipis
1 biji cili hijau - hiris serong nipis
1 biji bawang besar - hiris nipis
1 sudu makan cuka
garam dan gula secukup rasa

Cara:
Campurkan semua bahan dan gaul rata. Sedia untuk dihidang.
HTML Comment Box is loading comments...