SEARCH

Friday, 8 December 2017

CEKODOK NINJA



Assalamualaikum and Hi everyone, ok hari ini sis nak share resepi yang boleh dijadikan sebagai minuman petang ataupun sarapan pagi.
Ok hari ini sis nak share resepi cara untu memasak CEKODOK PISANG NINJA. Ok jom kita start terus pada bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Cekodok Pisang ini.

Antara-antara bahan yang diperlukan adalah :-

1. Pisang Berangan
2. Gula
3. Minyak Masak
4. Tepung Gandum
5. Sedikit Air

Cara-cara untuk membuatnya pula :-

1. Pertama sekali, kopekkan kulit pisang dan lenyekkan bersama
   tepung gandum mengikut cita rasa.

2. Masukkan sedikit air supaya senang dilenyekkan.
3. Masukkan 1 sudu besar gula kedalam lenyetan.
4. Gaul sehingga rata.
5. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
6. kemudian, ambil lenyetan tadi dan bulat-bulatkannya lalu masukan
   kedalam kuali yang telah dipanaskan.


yeahh kemudian siap dihindangkan kepada keluarga tersayang. SELAMAT MENCUBA !!!

Thursday, 7 December 2017

Roti Gulung Ninja



Assalamualaikum and Hi everyone, hari ini sis kembali lagi dengan resepi baru. Ok hari ini Sis Ninja nak share dekat uoalss cara-cara nak buat Roti Gulung Ninja yang berinti sardin. Ok jom kita start dengan bahan-bahan yang diperlukan. 

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:

1) ROTI BUKU
2) TELUR

3) SARDIN
4) MINYAK MASAK
5) GARAM 


OK settle pasal bahan-bahan yang diperlukan. kita pergi terus ke cara-cara untuk membuatnya pula.

1. Pertama sekali kita haruslah memasak sardin itu terlebih dahulu
   kemudian ketepikannya terlebih dahulu.
2. Ambil telur dan pecahkan kedalam mangkuk, masukkan garam secubit
   rasa dan pukul sehingga sebati.
 
3. Kemudian, ambil roti buku itu celupkan kedalam telur yang telah
   dipukul tadi.

4. Selepas itu, ambil sardin yang telah dimasak tadi dan letakkan
   keatas roti dan, gulung roti tersebut, lalu masukkan terus
   kedalam kuali yang telah dipanaskan bersama minyak. 


kemudian, siap dihindangkan dengan penuh kasih sayang. 

SELAMAT MENCUBA KEPADA SEMUA   

Wednesday, 6 December 2017

design By?



Bunting ini direkakan oleh Arif Mirza yang merupakan rakan sekelas kami. Arif Mirza memilih corak warna yang agak suram dan muram bagi memaparkan imej yang bersifat empati.


FAKE NEWS FORUM


Forum Fake news yang terdiri dari para panel profesional dari akhbar Sinar, Berita Harian dan turut disertai oleh Pensyarah UNISEL iaitu Encik Ismail.

Forum ini membincangkan tentang isu-isu berita palsu yang sedang tular di media sosial antaranya TWITTER, FACEBOOK dan lain-lain lagi.

BANNER PEACE 4 ROHINGYA

Ini merupakan banner PEACE FOR ROHINGYA yang digantung secara gah di hadapan Pusat Pelajar, UNISEL Bestari Jaya.

Tahukah anda bahawa banner ini direka dan dicipta oleh saudara Arif Mirza yang merupakan rakan sekelas kami.

PESERTA PERTANDINGAN MENYANYI



Berikut merupakan pemenang tempat ketiga bagi pertandingan menyanyi yang diadakan pada hari terbuka tersebut.

Walaupun dia berasa agak gementar untuk mendendangkan lagu ASSALAMUALAIKUM oleh FAIZAL TAHIR, namun, dia berjaya menyampaikan mesej unsur-unsur kerohanian kepada para penonton serta juri.

Sesungguhnya, jika nyanyian itu dilontarkan dengan seikhlas hatinya maka ia tidak menjadi masalah untuk seseorang penyanyi itu menyentuh jiwa semua orang yang mendengarnya.

JUARA PERTANDINGAN MENYANYI



AINI SYUHADA MERUPAKAN JUARA BAGI PERTANDINGAN MENYANYI YANG BERTEMAKAN KEMANUSIAAN YANG DIADAKAN DI EVENT PEACE FOR ROHINGNYA SEMASA OPEN DAY UNISEL 3.0.

LAGU TERLALU ISTIMEWA NYANYIAN ASAL OLEH ADIBAH NOOR MENJADI PILIHANNYA SEMASA PERSEMBAHAN DIA TERSEBUT.

SUARA AINI SYUHADA MAMPU MENYAMPAIKAN KESAYUAN DAN AMAT MENYENTUH JIWA PARA PENONTON PERTANDINGAN TERSEBUT.
HTML Comment Box is loading comments...