SEARCH

Wednesday, 22 November 2017

Assalamualaikum hi korang, hari ni Sis Ninja nak share lagi resepi yang menggunakan undang. Tapi kali ini bukan masakkan sambal. Tetapi kali ini resepinya berkuah. Resepi  UDANG MASAK LEMAK CILI PADI, ya Ampunn sedapnya, dengar pun dah sedap apantah lagi kalau dah makan. Tapi yang pastinya lagi sedap kalau makan air tangan sendiri terjamin kelazatan dan kebersihan makanan tersebut. Ok jom kita mulakan dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak UDANG MASAK LEMAK CILI PADI ini,
·         10 ulas bawang merah
·         5 ulas bawang putih
·         Segenggam cili padi
·         2 inci kunyit hidup
·         Belacan
( bahan-bahan diatas mestilah ditumbuk)

·         Udang- buang muncung tajam sahaja
·         1 tangkai cili merah-hiris halus
·         1 helai daun kunyit
·         Garam
·         santan
Ok selesai dengan bahan-bahan yang diperlukan , kita langkah pula kepada cara-cara untuk memasaknya pula,
  • 1.       Panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik baunnya.
  • 2.       Masukkan udang dan kacau seketika
  • 3.       Masukkan santan dan tunggu sehingga santan mendidih.
  • 4.       Akhir sekali, taburkan sedikit garam kedalam hindangan.





MasyaAllah senang , mudah dan cepat rakan-rakan. Apa lagi cuba lah, jangan tak cuba!!!! 

LEPAT PISANG NINJA

Assalamualaikum, hi readers sekalian, hari ini sis Ninja kembali dengan harapan untuk berkongsi resepi yang boleh dibuat untuk sarapan dan minum petang. Hah sis nak kongsikan macam mana nak buat LEPAT PISANG NINJA!!!!!!! WOHOOOO, tak sabra nak kongsi, jom kita start dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat lepat pisang ini.
  • Pisang emas/ pisang raja
  • kelapa parut (dikukus dan diletakkkan sedikit air garam)
  • Daun pisang
  • Gula Pasir
  • Tepung Gandum

Ok done with bahan yang diperlukan, kita ke cara-cara membuatnya pula.
1. Mula-mula kopekkan pisang dan lenyekkannya bersama kelapa parut.
2. letakkan sedikit gula kerana pisang mempunyai rasa manisnya yang tersendiri  dan sedikit sahaja tepung kerana elakkan menjadi terlalu keras.
3. kemudian, gaulkan sehingga sebati dan rata.                    
4. Potongkan daun pisang lebih kurang sebesar kertas a5 sebagai pembungkusannya.
5. seterusnya, letakkan adunan tadi kedalam daun pisang tersebut
6. lantas, kukuskan sehingga masak, lebih kurang 10 hingga 15 minit.

Yesss, kemudian angkat dan siap dihindangkan. Senang dan mudah sahaja, tidak perlu membazir duit untuk pergi ke gerai untuk membelinya. SELAMAT MENCUBA !!

SAMBAL PETAI UDANG NINJA

Assalamualaikum and Selamat Sejahtera to fellow readers. Harap semua dalam keadaan sihat walafiat. Siapa diantara pembaca sekalian yang gemar makan Undang? Hah hari ini sis nak share resepi SAMBAL PETAI UDANG NINJA. WUUUU…. Tak sabarnya nak berkongsi resepi. Ok jom kita start dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak SAMBAL PETAI UDANG NINJA.  Ok antara-antara bahan yang diperlukan adalah:-
  • LADA KERING
  • UDANG BASAH
  • BAWANG PUTIH
  • GARAM
  • BAWANG MERAH
  • SEDIKIT BELACAN
  • PETAI
  • AIR ASAM

Ok selesai sudah dengan bahan-bahan yang diperlukan , kita move kepada cara-cara untuk memasaknya pula.
  1. 1.       Pertama sekali kisarkan bawang putih, bawang merah,sedikit belacan, serta lada kering dan masukkan sedikit air. Kisar sehingga hancur.
  2. 2.       Kemudian, panaskan kuali lalu masukkan bahan  yang telah dikisar tadi kedalam kuali, tumis sehingga masak dan naik baunnya.
  3. 3.       Setelah itu, masukkan petai yang telah dikupas dan dibelah dua kedalam tumisan.
  4. 4.       Gaulkan sehingga petai menjadi empuk .
  5. 5.       Selepas itu, masukkan udang kedalam kuali, biarkan sehingga mendidih dan letakkan sedikit air asam untuk mengelakkan sambal menjadi kering.
  6. 6.       Akhir sekali, masukkan garam dan bawang yang dihiris kedalam kuali.


Kemudian, hindangkan dengan penuh kasih rasa kasih sayang.  Hah apa lagi, Marilah cuba resepi SAMBAL  PETAI UDANG NINJA ini, tidak rugi mencubanya malah kenyang perut. Ok Kita jumpa diresepi yang seterusnya. 

Tuesday, 21 November 2017

SAYUR CAMPUR NINJA

Assalamualaikum kepada readers diluar sana tu. Hope dalam keadaan sihat-sihat belaka dan bahagia bersama orang-orang yang tersayang. Hari ini sis Ninja nak share dekat you guys cara memasak SAYUR CAMPUR NINJA. Wow, pada vegetarian diluar sana yang hanya tahu makan sayur sahaja tetapi tidak pandai untuk memasaknya boleh lah cuba resepi yang bakal sis kongsikan ini. Ok jom kita start with bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat SAYUR CAMPUR NINJA ini.
  • ·         Bawang putih dipotong hiris
  • ·         Bawang merah dipotong hiris
  • ·         Lada hijau ditumbuk
  • ·         Lada merah ditumbuk
  • ·         Sayur kacang panjang dihiris
  • ·         Tauhu dipotong dadu
  • ·         Tempe dipotong kecil
  • ·         Udang basah sebagai rencah
  • ·         Santan cair


Yes let’s move to cara-cara memasaknya pula
  1.              First we need to tumis bawang merah, bawang putih, lada hijau, lada merah sekali sehingga 
      naik baunya.
  2.               Next, masukkan undang basah as a rencah untuk tumisan tadi.
  3.              Kemudian masukkan santan sedikit sahaja, pastikan santan tidak terlalu pekat.
  4.           Kemudian masukkan kacang panjang, tauhu dan tempe kedalam kuali.
  5.           Final step tambahkan secubit garam dan sedikit perasa untuk membangkitkan lagi keenakkan SAYUR CAMPUR NINJA INI.




OHHH YEAH!!! Siap dihindangkan. Simple bukan? Ok apa lagi,jom lah cuba resepi ini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera !!!

IKAN SAMBAL NINJA

Assalamualaikum and Good evening to fellow readers.  Yeah!! Today Sis Ninja comeback with a new recipe that needs to share to you guys.  Today, sis would like to share how to cook IKAN SAMBAL NINJA. Ok, if I’m not mistaken, this is first recipe yang menggunakan ikan. Ok don’t waste time, let’s start kepada bahan-bahan yang diperlukan.
  1. ·         Ikan jenis apa sahaja
  2. ·         Garam
  3. ·         Bawang putih
  4. ·         Bawang merah
  5. ·         Lada kering
  6. ·         Air asam
  7. ·         Minyak masak

Alright beres with bahan-bahan yang diperlukan. Kita move on kepada CARA-CARA untuk memasaknya pula.
  • 1.       First, goreng ikan yang telah digaul dengan secubit garam.  Selepas itu asingkan.
  • 2.       Kemudian kisar bawang putih, bawang merah dan lada kering serta tambah sedikit air sekali. Blend sehingga hancur.
  • 3.       Third, panaskan kuali, masukkan minyak dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi ke dalam kuali, masukkan garam secukup rasa , tumis sehinnga masak.
  • 4.       Kemudian, masukkan 1 sudu besar air asam kedalam kuali
  • 5.       The final step is masukkan ikan yang telah digoreng tadi kedalam kauli. Gaul bersama sehingga rata.

Yes!! Finally ready untuk dihindangkan bersama keluarga ataupun bersama rakan-rakan yang tersayang. You guys boleh cuba recipe ini sebab mudah, cepat dan bahan-bahan yang diperlukan tidak rumit dan susah dicari yang paling penting Murah dan menjimatkan!!! 



Monday, 13 November 2017

Jus Detox Ninja

Assalamualaikum and Hi readers sekalian. Rasa lama tak share something dekat you guys. Sebabkan dah lama tak berkongsi resepi, kali ini Kakaks Ninja nak share something different dekat readers sekalian. Untuk post kali ini, Sis Ninja tak nak share about resepi memasak ataupun about UNISEL. Untuk post kali ini Sis nak share macam mana nak buat DETOX !!!!! WOW!! kenapa Sis nak share pasal Detox ni? Hah bukan apa, dalam korang tahu pasal resepi makanan, uguys kena lah juga tahu macam mana nak jaga kesihatan diri untuk mengelakkan pelbagai penyakit dan dapat juga menggelakkan diri menjadi obesiti.

Ok sebelum ke bahan-bahan yang diperlukan untuk buat detox ni. Sis Ninja nak share apa kebaikan Detox Ninja ni dekat uguys.  Antara-antara kebaikan yang akan kita dapat andai kita meminum Detox sebagai rutin harian kita, antaranya:-


  • Dapat membersihkan segala kotoran yang didalam badan dan bahan yang tidak diperlukan badan.
  • Membantu untuk melicinkan kulit
  • Membakar lemak dalam tubuh badan
  • Mampu mengempiskan perut
  • Melancarkan sistem peredaran darah didalam badan
OK ini adalah antara kebaikan yang boleh didapati dalam Detox Ninja . ok jom kita move kepada bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Jus Detox Ninja ini. Antara-antara bahan yang diperlukan adalah:-

  • Lemon 1 biji yang telah dihiris
  • Timun dalam 5 slices 
  • Madu 3 Sudu besar
  • Botol 1 liter 
  • Air 800ml
Hah itu sahaja bahan yang diperlukan untuk buat Detox Ninja ini. Ok kite ke tips untuk buat detox ini pula.

Senang sahaja, campurkan semua bahan tadi kedalam botol dan masukkan air kedalamnya  dan siap. Untuk lebih sedap diminum lagi, para pembaca sekalian boleh letak detox tersebut kedalam peti ais. Mudah dan cepat. Hah siapa kata nak jaga badan susah? Senang sahaja, jom ikut cara mudah Sis Ninja. Makan-makan juga , jaga badan dan kesihatan jangan lupa. Ok sampai sini sahaja utk kali ini. Kita jumpa di post yang seterusnya. 

Tuesday, 31 October 2017

Karnival Soul Station Part 3

Assalamualaikum and hi everyone. Ok today sis nak share lagi about Carnival Soul Station. Ok promise ini yang terakhir about carnival Soul Station ni. Hahahaha.  Sis nak continue sikit je part mana yang sis tak sempat habiskan.



ok ni booth yang sis ada cerita dekat post sebelum ni. Booth haiwan yang boleh kita masuk dengan bayaran RM5 sahaja. Cukup simple dan nice sahaja boothnya tetapi masih kelihatan meriah.



 Yes ini dia teh herba yang sis ada cakap dalam post yang lepas pasal booth2 di carnival Soul station tu. Ok ini lah rupa dan packaging teh herba yang berperisa lemon tu. Dari gambar diatas itu kita dah tahu berapa harga teh herba ini. Dengan Rm28 ini kita mampu memiliki teh yang dicampur dengan madu kelulut dan lemon.





Fuhh... berasap kaw saat daging diatas kuali. ok berasap bukan tanda kerana hangus ok readers.
Nama booth yang ini Cheese Cheezy. Abang ini menjual burger cheese meleleh dengan harga RM5 sahaja




 Dengan hanya sebotol 'Dope' soda, anda akan rasa seperti hidup semula hahahaha. Dengan hanya rm 5 sebotol anda pasti bahagia.

Kuey tiaw goreng sungguh memukau dan anda juga akan terpukau apabila memakannya. Mee goreng bukan sebarang mee goreng, mee goreng datang dari pak mat, pak mat bukan sebarang  pak mat, pak mat hebat masak mee goreng.

Karnival ini berjalan dengan lancar dan jayanya dengan pelbagai booth yang dibuka lagi menarik perhatian ramai orang awam malah pelajar dari universiti luar juga serta hadir.

Banyak aktiviti dijalankan seperti yang telah dikongsikan dipos yang lepas. Boleh lah pergi tengok di pos yang lepas.

Ok sampai sini sahajalah perkongsian sis. ok Jumpa di pos yang seterusnya, ok sis dah ngatuk . bye Assalamualaikum.






HTML Comment Box is loading comments...