SEARCH

Thursday, 26 October 2017

Spaghetti Bolognese Ninja

Assalamualaikum and Hi readers. 
Hari ini kakaks Ninja nak share masakan western pula dekat you guys. Macam biasa yang mudah, senang dan cepat disediakan yang pastinya bahan-bahan yang digunakan mudah dijumpai dan harga berpatutan. Hari ini Kakaks Ninja nak share macam mana nak masak Spaghetti Bolognese Ninja ni. Ok jom kita start dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk masak Bolognese Ninja ni.


Bahan-bahan yang diperlukan:-

  • Spaghetti jenama apa sahaja
  • Sos Prego perisa Cendawan
  • Bawang Putih yang telah dipotong hiris
  • Bawang Merah dipotong hiris
  • cili tak perlu banyak
  • Garam 1 sudu teh
  • air 1 cawan
  • Nugget Tempura yang dicincang halus





Ok settle about bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi ini. Sis nak habak sat, boleh je pakai spaghetti jenama apa sahaja pun, sos prego pun boleh pakai apa sahaja brand dan nugget tempura tu boleh je digantikan dengan daging cincang or ayam cincang ataupun sosej yang telah dicincang ikut cita rasa masing-masing. Ok dah tak mau cerita panjang jom kita start dengan cara-cara nak masak pula.


  1.  Mula-mula sekali celurkan mee spaghetti kedalam periuk panas yang berisi air. Celur selama 10-15 minit. Sudah lembut angkat dan sejukkan.
  2.  Panaskan kuali kemudian tuang minyak tunggu sehingga minyak sudah mengelegak
  3. Masukkan cili, bawang merah dan putih kedalam kuali tumiskan sekali dan tunggu sehingga kekuningan.
  4. Kemudian, masukkan nugget tempura yang telah dicincang halus kedalam kuali dan tunggu sehingga masak.
  5. Selepas itu masukkan sos prego kedalam kuali serta air kedalamnya.
  6. ,Masukkan garam. Tunggu sehingga kuah mendidih dan siap dihidangkan. 
  7. Last step, letakkan mee spaghetti kedalam pinggan dan tuangkan sos prego yang telah siap dimasak tadi. 


Ok siap boh !!! Apa lagi you guys should try this! Senang gila kan? Sis tak guna bajet yang banyak pun untuk buat spaghetti ni. Sis tetap akan share masakan yang kurang bajet yang bersesuaian dengan ekonomi negara kita ini. Ok selamat mencuba dan jumpa lagi di post yang seterusnya !!!  

Wednesday, 25 October 2017

Sayur Kailan Goreng Ninja

  Assalamualaikum and HI readers sekalian !!! Kakaks Ninja kalian kembali lagi dengan resepi baru ! WOOOOHHOO hari ini Kakaks nak share resepi masak Sayur Kailan Goreng Ninja mudah and cepat dimasak ini. Ok tak nak cerita panjang nanti korang malas pula nak baca, ok jom kita start !!!
Ok first of all macam biasa kita akan start dengan bahan yang diperlukan untuk memasak SAYUR KAILAN GORENG NINJA ini !

Bahan-bahan yang mesti ada:- 

  1. Lada besar(1) dipotong halus
  2. ikan bilis yang sudah dikopek
  3. Bawang putih dihiris halus
  4. Bawang merah dihiris
  5. Garam 1 sudu teh
  6. Sayur kailan yang sudah dibasuh bersih dan siap dipotong
  7.  Air setengah cawan
  8. Minyak



Alright jelas tak rakan-rakan sekalian about bahan-bahan yang diperlukan? Bahan-bahan untuk masak Sayur Kailan Goreng Ninja ini tak susah pun untuk dicari. Ok bahan yang Kakaks sediakan ini sesuai untuk dimakan 3 orang, you guys bolehlah tambahkan kuantiti bahan-bahan tersebut if you guys nak masak banyak atau lebih. Ok let's start step untuk masak SAYUR KAILAN GORENG NINJA ini !!!

  1. Panaskan kuali , dan selepas kuali panas masukkan minyak tunggu sehingga minyak mengelegak.
  2. Kemudian, masukkan ikan bilis, lada besar, dan bawang yang telah dihiris kedalam kuali.
  3. Masukkan garam 1 sudu teh kemudian tunggu bahan yang ditumis tadi kelihatan kekuningan.
  4. Selepas itu masukkan sayur yang telah dipotong dan dicuci tadi kedalam kuali.
  5. Masukkan sekali air setengah cawan kedalam kuali. 
  6. Tunggu selama 10-15 minit dan siap dihindangkan !!! 

Yes !!!! Siap sudah. Mudah bukan? Too easy to handle. hehehe. Ok apa lagi readers sekalian, mana yang nak cuba resepi mudah ini, sila lah cuba di rumah anda. Tambahan informasi, if you guys nak Sayur Kailan Goreng Ninja uguys lagi sedap, korang boleh gunakan perencah cukup rasa cube perisa ayam atau ikan bilis tu semasa menumis bahan. 

Ok selamat mencuba kepada para pembaca sekalian. Ok stay tuned for our next recipe !!!! <3 



Sunday, 22 October 2017

RESEPI IKAN SARDIN NINJA






Assalamualaikum to all viewers Kakaks Ninja, harap semua sihat belaka. Ini merupakan post pertama Kakaks Ninja harap tak hambar untuk para pembaca sekalian. Ok untuk post pertama kali Kakaks Ninja ini, kami nak share dekat korang semua macam mana nak masak ikan sardin resepi Ninja . Yes, masakan yang senang, mudah dan cepat disediakan. Kenapa Kakaks Ninja nak share resepi masak sardin ni kan senang je , mesti korang terfikir macam tu. Ok Kakaks Ninja share tips masak sardin ini sebab kita kena belajar masakan yang mudah dahulu sebelum masak masakan yang lebih susah atau rumit. Betul tak. Ok cun?

Ok you guys mesti tak sabar nak tahu kan macam mana resepi Sardin Ninja ni, ok jom kira start !!!
First of all kita mesti lah kena ada bahan untuk masak. Ok bahan2 yang diperlukan :-

1- cili kering yang telah digunting dan direndam kedalam air panas
2- cili kecil yang telah diuteh
3- 2 bawang besar yang telah dibuang kulit untuk diblend
4- 1 bawang besar yang telah dihiris untuk ditumis
5- 4 biji bawang putih untuk diblend
6- 2 biji bawang putih yang telah dihiris untuk ditumis.
7- 2 tin sardin
8- Garam
9- 3 biji Tomato 

Ok ini sahaja bahan yang diperlukan untuk masak SARDIN NINJA . Ok jom kita ke next step pula !.

*Pertama sekali kita kena blend cili kering, cili kecil, 2 biji bawang besar dan juga bawang putih sekali. Jangan lupa isi sedikit air kedalam blender !

*Kemudian panaskan kuali letakkan sedikit minyak masak dan biarkan kuali panas dahulu barulah kita masukkan bahan-bahan yang nak ditumis iaitu bawang merah yang telah dihiris dan bawang putih yang kita dah hiris tadi.

* Ok jika bahan yang kita tumis tadi dah kelihatan kekuningan kita masukkan pula bahan yang kita blend tadi kedalam kuali dan jangan lupa masukkan garam 2 cubit rasa dan tunggu sehingga bahan didalam kuali itu kering dan dah mengelegak.

* Yes step terakhir masukkan ikan sardin yang didalam tin tu kedalam kuali, dan masukkan tomato sekali kedalamnya, kenapa masukkan tomato? supaya sardin tu rasa masam-masam manis sedikit. ok tunggu dalm 6-7 minit masak, kemudian siap dihindangankan !!!!


Mudah bukan? Dear readers sekalian bolehlah cuba dekat rumah resepi mudah dari Kakaks Ninja ni.  Next resepi nak buat apa ya? emm... Nantikannya !!!!!  
HTML Comment Box is loading comments...