Welcome to our blog!! Hello everyone, our blog is the place where we share our simple recipes for students to cook daily <3 ENJOY!!!!!
SEARCH
Wednesday, 20 December 2017
milo tabur
HI UALSSSS... Hari ini sis nak kongi resepi lain dari yang lain. ehehhe Hari ini sis nak kongsi tips buat MILO AIS TABUR NINJA.. wow selalu post pasal makanan sahaja kan? So hari ini kita nak share resepi minuman pula. ok jom start.
BAHAN YANG DIPERLUKAN :-
1. MILO
2. AIS
3. SUSU
4. AIR PANAS
CARA-CARA MEMBUATNYA :-
1. Masukkan 3 sudu kecil milo kedalam cawan
2. letakkan susu pekat 4 sudu kecil
3. tuang air panas kedalam cawan hanya setengah cawan
4. kacaukannya
5. masukkan ais kedalam cawan
6. taburkan serbuk milo keatas minuman.
SIAP GUYS. SEDAP DAN PASTI KAW-KAW PUNYA. ACU CUBA TRY TEST OK!
SAMBAL BELACAN NINJA
Assalamualaikum readers sekalian, today sis Ninja nak share resepi SAMBAL BELACAN NINJA. Ok jom kita tengok bahan dan cara yang perlu dilakukan.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :-
1. Jus limau kasturi
2. Gula 1 sudu teh
3. cili padi 15
4. garam secubit rasa
5. cili merah 6 dibuang biji
6. belacan sebesar ibu jari
CARA-CARA MEMASAK :-
1. panaskan kuali , masukkan 1 sudu minyak masak.
2. masukkan semua bahan kedalam kuali jus limau kasturi
3. kemudian selepas panaskan didalam kuali letakkannya kedalam lesung dan tumbuk sehingga hancur
4. masukkan garam dan gula.
5. last step, perah jus limau kasturi. dan gaul sekata.
ok siap! senang bukan? hah lepas ni tak perlu beli dekat kedai mek untuk makan sambal belacan. saelamat mencuba ok !!
TAUHU SUMBAT NINJA
Assalamualaikum semuanya, harap dalam keadaan sihat ok. Hari ini sis nak kongsi resepi TAUHU SUMBAT NINJA.
Bahan-bahan yang diperlukan ;-
1. tauhu
2. timun
3. carrot
4. sengkuang
5. cili besar
6. tauge
7. minyak masak
Cara-cara memasaknnya :-
1. Gorengkan tauhu tersebut selepas itu ketepikan
2. Hiris timun, lobak, dan sengkuang serta cili besar secara halus.
3. Celur tauge dan toskan
4. tauhu yang diketepikan tadi potong secara 3 segi dan belah bahagian tengah.
5. sumbat semua sayur serta tauge kedalam tauhu tersebut.
yes kemudian makan bersama sos , sedap sekali. selamat mencuba kekawan sekalian. XOXO
BUBUR AYAM NINJA
Assalamualaikum hi semua, hari ini sis Ninja nak share resepi BUBUR NASI AYAM kegemaran siss Ninja ni, ok jom kita start!.
bahan-bahan yang diperlukan :-
1. Beras
2. ayam cincang
3. perencah maggi cukup rasa
4. daun sup
5. bawang goreng
Cara-cara memasaknya:-
1. Masak beras tersebut dengan air yang sangat lebih
2. Tunggu sehingga nasi menjadi bubur.
3. Masukkan ayam yang telah dicincang
4. Taburkan perencah cukup rasa
5. Tunggu sehingga ayam sudah masak.
6. tuang bubur kedalam mangkuk.
7. taburkan keatas bubur tersebut daun sup dan bawang goreng.
SIAP !!!!!!
JOM CUBA GUYS MUDAH SESANGAT !!!
SELAMAT MENCUBA SEMUAAA
SUP AYAM NINJA
Assalamualaikum and hi semua. hari ini sis kembali dengan resepi yang baru iaitu SUP AYAM NINJA. Makanan ini sesuai untuk dimasak untuk waktu tengah hari, malam dan juga sesuai untuk orang yang tidak sihat. Ok jomm kita start dengan bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:-
1. Ayam
2. daun sup
3. garam
4. lobak merah
5. sup bunjut
6.kentang
7. kayu manis (tumis)
8. air
9. minyak masak
10. bawang merah 3-4 BIJI (tumis)
11. bawang putih 4-5 ULAS (tumis)
12. kiub ayam
13. Halia 2-3CM (tumis)
14. Bunga lawang (tumis)
15. bunga cengkih (tumis)
16. buah pelaga (tumis)
CARA-CARA MEMASAKNYA:-
1. Blend dahulu bahan-bahan yang perlu ditumis tersebut.
2. panaskan kuali, masukkan minyak masak.
3. Tumis bahan-bahan yang telah diblend tadi.
4. selepas naik bau, masukkan semua ayam kedalam kuali dan gaul serata.
5. Biarkan ayam separuh masak
6. masukkan air sehingga paras ayam (lebih sikit tidak mengapa)
7. masukkan kentang dan lobak merah sehingga ia mendidih.( api tak perlu kuat)
8. masukkan kiub ayam.
9. masukkan garam secukup rasa.
10. masukkan daun sup
yeah Finally siap pun !!!!! senang dan mudah. weh korang jom lah cuba resepi ini !!!!.
selamat mencuba dan menjamu selera !!
Monday, 18 December 2017
ROTI GORENG NINJA
Assalamualaikum and hi semuaa!! Hari ini sis Ninja nak share cara nak buat ROTI GORENG NINJA.
Bahan2 yang diperlukan :-
1. Roti buku
2. Telur 4 biji
3. Sardin yang telah dimasak
4. Minyak masak
5. Garam
Cara-cara:-
1. Pukul telur kedalam mangkuk, letakkan secubit garam.
2. Celupkan roti kedalam telur.
3. Kemudian, letak sardin keatas roti dan roll kan roti tersebut.
4. Kemudian, goreng roti tersebut kedalam minyak yang panas.
Yeah siapp!!! Tersangat lah easy kan. Hah tayah buang masa dan buang duit jom buat sendiri rumah anda!!!
TELUR REBUS MASAK SAMBAL
Assalamualaikum semua, post kali ini sis nak share resepi TELUR REBUS SAMBAL NINJA dekat korang semua. Jom teruskan membaca untuk tahu bahan2 dan cara2 k.
Bahan2-
1. Telur rebus
2. Cili merah
3. Bawang merah 3 biji
4. Bawang putih
5. Minyak masak
6. Cili kering senggengam
7. Garam
Cara-cara-
1. Blend bawang merah, bawang putih, cili kering, dan cili merah sekali.
2. Panaskan minyak didalam kuali.
3. Tumis bawang merah dan bawang putih.
4. masukkan bahan yang telah diblend tadi kedalam kuali.
5. Letak 1 sudu teh garam
6. Tunggu sehingga tumisan naik bau.
7. Masukkan telur rebus kedalam kuali. Gaul sehingga sekata.
YEAH SIAPP GUYSS!!! Mudah dan cepat. So cuba ok , jangan tak cuba !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)



