SEARCH

Monday, 18 December 2017

NASI GORENG PATTAYA NINJA


Assalamualaikum. Hi apa khabar semua. Harap semua sihat belaka lah ye. Hari ini sis nak kongsi resepi masak NASI GORENG PATTAYA  ala ala NINJAπŸ˜πŸ›πŸ³
Ok jom kita start dengan bahan- bahan yang diperlukan.

1. Nasi putih
2. Bawang merah sebiji yang telah dihiris
3. Bawang putih 5 ulas yang telah dihiris
4. Cili padi dalam 7-8 tangkai yang telah
     Dipotong halus.
5. Perencah cukup rasa
6. Garam
7. Isi ayam yang telah dicincang halus
8. Carrot yang telah dipotong
9. Kacang panjang yang telah dipotong
10. Telur ayam 2 biji
11. Minyak masak

Ok siap dengan bahan- bahan. Bila bahan2 dah lengkap kita bolehlah start memasak. Ok jom tengok cara-cara nak memasaknya.

Cara-cara memasak:-

1. Pukul telur kedalam mangkuk, masukkan sedikit garam, dan gorengkannya, pastikan telur dadar itu digoreng dengan lebar . Ketepikannya selepas itu.

2. Masukkan minyak kedalam kuali. Tunggu kuali panas.

3. Masukkan bawang merah, bawang putih, dan cili. Tumis sehingga kekuningan dan masak.

4. Masukkan nasi putih kedalam kuali.

5. Kemudian masukkan isi ayam, serta carrot dan kacang panjang tadi.

6. Taburkan garam dan perencah cukup rasa    Kedalam kuali.

7. Gaul sehingga sayur dan ayam tadi masak.

8. Letakkan telur tadi keatas pinggan kemudian cedok nasi goreng yang telah disiap masak letakkan keatas telur. Lalu lipat telur itu seperti membungkus.

9. SIAP DIHINDANGKAN KEPADA ORANG TERSAYANG.

Yeahhh SIAP!! Mudah kan? Apa lagi jom lah ramai-ramai cuba. Tak rugi πŸ˜‰.

SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA

TELUR DADAR NINJA


Assalamualaikum semuanya!!! Hari ini sis Ninja kembali lagi dengan resepi baru dan pastinya mudah untuk dimasak !!

Ok hari ini sis nak share resepi yang memang favorite ramai iaitu TELUR DADAR NINJA 🍳🍳🍳🍳🍳. Pastinya enak dan menyelerakan. Ok jom kita start dengan bahan- bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan yang diperlukan:-
1- telur ayam 4 biji
2. Garam secubit rasa
3. Cili 5 utih dipotong halus
4. Setengah biji Bawang merah yang
    dipotong Halus
4. Minyak masak

Cara-cara membuatnya:-
1. Pecahkan kesemua telur kedalam mangkuk, letak garam. Pukul hingga sebati.

2. Masukkan cili dan bawang kedalam telur. Pukul sekali lagi.

3. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tunggu sehingga kuali panas.

4. Masukkan telur yang telah dipukul tadi kedalam kuali.

5. Tunggu sehingga masak dan siap dihindang untuk keluarga dan rakan-rakan tersayang.

Alhamdulillah siap !! Mudah bukan? Apa lagi mari lah cuba. Selamat mencuba dan menjamu selera. πŸ’

NASI PUTIH



Hi Assalamualaikum semuanya, hari ini sis nak share tips mudah dan perkara basic yang kita mesti tahu dan pandai. Tadaaaa hari ini sis nak kongsi tips macam mana masak nasi putih. Lawak? Tidak. Sebab apa? Ramai anak muda sekarang ni bkn tk pandai masak nasi cuma sukatan air sahaja yang tidak betul yg akan mengakibatkan nasi itu lembik atau keras.

Makanya semua anak muda tak kira lelaki atau perempuan mestilah tahu masak nasi. Ok jom kita start.

Pertama sekali sukat beras berapa banyak yang nak dimasak. Andai kata nak masak 3 pot/ cawan.

Ok basuh beras tadi sehingga bersih, minimum 3kali basuh, jangan lupa bagi umat islam sambil membasuh beras sambil  berselawat πŸ˜‰

Kemudian, bila dah basuh , ambil cawan/pot yang kita gunakan untuk mencedok beras tadi tu ,isi 4 cawan/pot air kedalam beras .

Hah kemudian, siap sedia untuk dimasak.

Tips mudah dari Sis Ninja, andai kata masak nasi hanya 2pot/cawan pastikan airnya 3 cawab. *air yang akn  dimasak sekali dengan beras itu kena lebih 1 cawan.

Faham tak semuanya? Sebarang comment/pertanyaan ataupun permintaan resepi boleh tinggalkan comment anda dibawah.

Selamat mencuba!

bubur kacang hijau

Assalamualaikum readers sekalian. Pada hari yang baru ini, sis nak share resepi baru dekat kamu semua. Hari ini sis nak kongsi resepi BUBUR KACANG HIJAU. Mudah sahaja dan bahan-bahan yang diperlukan pun mudah dicari. Ok tak nak cerita panjang. Jom kita start dengan bahan2 yang diperlukan.

Bahan2 yang diperlukan:-
1. Kacang hijau
2. Gula
3. Garam
4. Santan
5. Daun pandan
6. Gula melaka.

Ok settle with the bahan2. Now kita start dengan cara pembikinannya pula.

Mula2 rebus kacang hijau sampai empuk, masukkan sekali daun pandan  *sebenarnya ada dua cara, Satu boleh rendam dlu kacang hijau tu, sampai empuk, jd x ambik masa lama sgt masa rebus  Kedua boleh terus rebus pakai air mcm ni, tp lama sikit sbb nak bg betol2 empuk

Bila dah empuk, boleh masukkan gula melaka

Kacau dan masukkan santan

Last sekali masukkan garam dan gula secukup rasa

*masa dah menggelegak bila dah masuk semua bahan tu boleh la rasa dlu, kalau ade perasa yg x ckup boleh tambah lg.

Alhamdulillah siap sudah!!! Hah apa lagi marilah semua cuba !! Selamat mencuba dan jumpa di resepi yang baru.



Friday, 15 December 2017

SOTONG GORENG TEPUNG NINJA

Assalamualaikum hi semuanya, Apa khabar , harap semua sihat belaka. Ok hari ini sis Ninja nk share resepi yg kamu semua boleh buat untuk breakfast or untuk makan petang. Jom cuba resepi mudah ini. Sotong goreng tepung Ninja πŸ¦‘

 Bahan yang diperlukan:
  1/2 cawan tepung gandum
 1/4 cawan tepung jagung
 1 sudu kecil serbuk penaik
  Secubit garam
 Secubit serbuk kunyit
 Sedikit air sejuk
Sotong, dipotong “ring”

Cara membuatnya:

Gaulkan tepung gandum, jagung, serbuk penaik, garam dan kunyit. Tambahkan air sejuk sehingga menjadi likat. (Macam adunan untuk cucur)Salutkan sotong dengan sedikit tepung. Celupkan dalam adunan (langkah 1) Gorengkan dalam minyak secukupnya (175C). Toskan.

YA ALLAH too easy to handle kan? HAH APA LAGI SEMUA CUBA LAH, tk rugi tau, berbaloi!!! SELAMAT MENCUBA Semuaanyaa 🌸🌸🌸


AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

Assalamualaikum readers sekalian.. hi semuanyaaa.. Apa khabar? Ok untuk post kali ini sis nak share dekat semua resepi AYAM MASAK LEMAK CILI PADI . Uishh bunyi macam sedapkan? Hah dia lagi sedap bila kita dapat buat and makan masakan sendiri. Moh lah semuanya try resepi dari Sis Ninja ni!! Ok tak nak cakap banyak sebab sis tak sabar nak share dekat kamu semua resepi ini. Ok jom kita start dengan bahan-bahan yang diperlukan.

 Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 1/2 kotak santan kotak
2 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 1/2 keping asam keping
2 batang serai - ketuk
Sedikit serbuk perasa
Cili api dalam senggengam
Kunyit hidup sebesar ibu jari



Cara cara:

1. Kisar cili api dan kunyit hidup
2. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali bersama ayam. Nyalakan api perlahan dan biarkan ayam kecut dan masak bersama dengan bahan kisar tadi.
3.kemudian masukkan santan dan air secukupnya, serai & kacau rata sehingga mendidih. Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa

Ok siap sudahhhh.. senang bukan? Mudah saja masak resepi ini. Apa lagi, cubalah wahai readers sekali. Selamat mencuba dah menjamu selera !!!


Thursday, 14 December 2017

AYAM MASAK KICAP NINJA


Hi Assalamualaikum sayaaang sayang semuanyaaaa !!! Hari ni Sis Ninja nak share resepi fav sis Ninja iaituuuuu AYAM MASAK KICAP NINJAAAAA !!! Wowww ok sis tk sabar nak share resepi ni dekat uguyss, JOM START !!!

Bahan-bahan yang diperlukan:-

1. Cili padi dalam setengah genggam
2. Bawang putih dalam 6 ulas
3. Bawang merah 2 biji
4. Garam
5. Kicap manis
6.  Ayam
7. Serbuk kunyit
8. Daun limau purut
9. Minyak masak

Ok selesai sudah dengan bahan-bahan yang diperlukan. Kita ke cara-cara untuk memasaknya pula πŸ™ˆ

Cara-cara memasak AYAM MASAK KICAP NINJA

1. Perap ayam bersama kunyit dan biarkan ia selama 5-6 minit. Ketepikannya dahulu.

2. Blend 1 biji setengah bawang merah bersama 4ulas bawang putih dan juga cili yg telah diutih sehingga lumut.

3. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tunggu sehingga minyakk dah panas.

4. Gorengkan ayam yang diperap serbuk kunyit tadi.  Selepas itu ketepikannya.

5. Tumis setengah bawang merah dan 2 ulas bawang putih yang telah dihiris.

6. Masukkan bahan yang telah diblend tadi kedalam tumisan. Tungggu sehingga dia pecah lemak dan naik bau.

7. Masukkan garam secukup rasa

8.  Masukkan daun limau purut supaya masakkan lebih wangi .

9. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi kedalam kuali. Gaulkan ia sehingga serata.

10. Tuangkan kicap kedalam kuali pastikan semua ayam2 dan sambal tadi kena kicap tersebut.

Ok step terakhir adalah hidangkan masakan dengan penuh kasih sayang .. pasti sedapp dan lazattttt !!!  Mari lah cuba resepi kegemaran sis Ninja ini!! Pasti tidak rugi !!

Selamat mencuba dan menjamu seleraaaaa 🍴
HTML Comment Box is loading comments...