SEARCH

Monday, 18 December 2017

NASI PUTIH



Hi Assalamualaikum semuanya, hari ini sis nak share tips mudah dan perkara basic yang kita mesti tahu dan pandai. Tadaaaa hari ini sis nak kongsi tips macam mana masak nasi putih. Lawak? Tidak. Sebab apa? Ramai anak muda sekarang ni bkn tk pandai masak nasi cuma sukatan air sahaja yang tidak betul yg akan mengakibatkan nasi itu lembik atau keras.

Makanya semua anak muda tak kira lelaki atau perempuan mestilah tahu masak nasi. Ok jom kita start.

Pertama sekali sukat beras berapa banyak yang nak dimasak. Andai kata nak masak 3 pot/ cawan.

Ok basuh beras tadi sehingga bersih, minimum 3kali basuh, jangan lupa bagi umat islam sambil membasuh beras sambil  berselawat πŸ˜‰

Kemudian, bila dah basuh , ambil cawan/pot yang kita gunakan untuk mencedok beras tadi tu ,isi 4 cawan/pot air kedalam beras .

Hah kemudian, siap sedia untuk dimasak.

Tips mudah dari Sis Ninja, andai kata masak nasi hanya 2pot/cawan pastikan airnya 3 cawab. *air yang akn  dimasak sekali dengan beras itu kena lebih 1 cawan.

Faham tak semuanya? Sebarang comment/pertanyaan ataupun permintaan resepi boleh tinggalkan comment anda dibawah.

Selamat mencuba!

bubur kacang hijau

Assalamualaikum readers sekalian. Pada hari yang baru ini, sis nak share resepi baru dekat kamu semua. Hari ini sis nak kongsi resepi BUBUR KACANG HIJAU. Mudah sahaja dan bahan-bahan yang diperlukan pun mudah dicari. Ok tak nak cerita panjang. Jom kita start dengan bahan2 yang diperlukan.

Bahan2 yang diperlukan:-
1. Kacang hijau
2. Gula
3. Garam
4. Santan
5. Daun pandan
6. Gula melaka.

Ok settle with the bahan2. Now kita start dengan cara pembikinannya pula.

Mula2 rebus kacang hijau sampai empuk, masukkan sekali daun pandan  *sebenarnya ada dua cara, Satu boleh rendam dlu kacang hijau tu, sampai empuk, jd x ambik masa lama sgt masa rebus  Kedua boleh terus rebus pakai air mcm ni, tp lama sikit sbb nak bg betol2 empuk

Bila dah empuk, boleh masukkan gula melaka

Kacau dan masukkan santan

Last sekali masukkan garam dan gula secukup rasa

*masa dah menggelegak bila dah masuk semua bahan tu boleh la rasa dlu, kalau ade perasa yg x ckup boleh tambah lg.

Alhamdulillah siap sudah!!! Hah apa lagi marilah semua cuba !! Selamat mencuba dan jumpa di resepi yang baru.



Friday, 15 December 2017

SOTONG GORENG TEPUNG NINJA

Assalamualaikum hi semuanya, Apa khabar , harap semua sihat belaka. Ok hari ini sis Ninja nk share resepi yg kamu semua boleh buat untuk breakfast or untuk makan petang. Jom cuba resepi mudah ini. Sotong goreng tepung Ninja πŸ¦‘

 Bahan yang diperlukan:
  1/2 cawan tepung gandum
 1/4 cawan tepung jagung
 1 sudu kecil serbuk penaik
  Secubit garam
 Secubit serbuk kunyit
 Sedikit air sejuk
Sotong, dipotong “ring”

Cara membuatnya:

Gaulkan tepung gandum, jagung, serbuk penaik, garam dan kunyit. Tambahkan air sejuk sehingga menjadi likat. (Macam adunan untuk cucur)Salutkan sotong dengan sedikit tepung. Celupkan dalam adunan (langkah 1) Gorengkan dalam minyak secukupnya (175C). Toskan.

YA ALLAH too easy to handle kan? HAH APA LAGI SEMUA CUBA LAH, tk rugi tau, berbaloi!!! SELAMAT MENCUBA Semuaanyaa 🌸🌸🌸


AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

Assalamualaikum readers sekalian.. hi semuanyaaa.. Apa khabar? Ok untuk post kali ini sis nak share dekat semua resepi AYAM MASAK LEMAK CILI PADI . Uishh bunyi macam sedapkan? Hah dia lagi sedap bila kita dapat buat and makan masakan sendiri. Moh lah semuanya try resepi dari Sis Ninja ni!! Ok tak nak cakap banyak sebab sis tak sabar nak share dekat kamu semua resepi ini. Ok jom kita start dengan bahan-bahan yang diperlukan.

 Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 1/2 kotak santan kotak
2 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 1/2 keping asam keping
2 batang serai - ketuk
Sedikit serbuk perasa
Cili api dalam senggengam
Kunyit hidup sebesar ibu jari



Cara cara:

1. Kisar cili api dan kunyit hidup
2. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali bersama ayam. Nyalakan api perlahan dan biarkan ayam kecut dan masak bersama dengan bahan kisar tadi.
3.kemudian masukkan santan dan air secukupnya, serai & kacau rata sehingga mendidih. Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa

Ok siap sudahhhh.. senang bukan? Mudah saja masak resepi ini. Apa lagi, cubalah wahai readers sekali. Selamat mencuba dah menjamu selera !!!


Thursday, 14 December 2017

AYAM MASAK KICAP NINJA


Hi Assalamualaikum sayaaang sayang semuanyaaaa !!! Hari ni Sis Ninja nak share resepi fav sis Ninja iaituuuuu AYAM MASAK KICAP NINJAAAAA !!! Wowww ok sis tk sabar nak share resepi ni dekat uguyss, JOM START !!!

Bahan-bahan yang diperlukan:-

1. Cili padi dalam setengah genggam
2. Bawang putih dalam 6 ulas
3. Bawang merah 2 biji
4. Garam
5. Kicap manis
6.  Ayam
7. Serbuk kunyit
8. Daun limau purut
9. Minyak masak

Ok selesai sudah dengan bahan-bahan yang diperlukan. Kita ke cara-cara untuk memasaknya pula πŸ™ˆ

Cara-cara memasak AYAM MASAK KICAP NINJA

1. Perap ayam bersama kunyit dan biarkan ia selama 5-6 minit. Ketepikannya dahulu.

2. Blend 1 biji setengah bawang merah bersama 4ulas bawang putih dan juga cili yg telah diutih sehingga lumut.

3. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tunggu sehingga minyakk dah panas.

4. Gorengkan ayam yang diperap serbuk kunyit tadi.  Selepas itu ketepikannya.

5. Tumis setengah bawang merah dan 2 ulas bawang putih yang telah dihiris.

6. Masukkan bahan yang telah diblend tadi kedalam tumisan. Tungggu sehingga dia pecah lemak dan naik bau.

7. Masukkan garam secukup rasa

8.  Masukkan daun limau purut supaya masakkan lebih wangi .

9. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi kedalam kuali. Gaulkan ia sehingga serata.

10. Tuangkan kicap kedalam kuali pastikan semua ayam2 dan sambal tadi kena kicap tersebut.

Ok step terakhir adalah hidangkan masakan dengan penuh kasih sayang .. pasti sedapp dan lazattttt !!!  Mari lah cuba resepi kegemaran sis Ninja ini!! Pasti tidak rugi !!

Selamat mencuba dan menjamu seleraaaaa 🍴

Wednesday, 13 December 2017

PARU SAMBAL NINJA

Hi Assalamualaikum readers tersayanggggg.. Hari ni Sis Ninja nk share 1 resepi yg uguys boleh masak utk makan tengah hari. Ok hari ini sis Ninja nk kongsikan RESEPI MASAK PARU  MASAK SAMBAL.  Tak semua gemar makan paru paru ni, so bagi yg gemar dan berminat nk cuba makan jom follow resepi Sis Ninja ni. Ok first kita start dengan bahan- bahan yang diperlukan untuk masak PARU SAMBAL NINJA ini.

Bahan-bahan yang diperlukan :-

1. Paru paru yg telah disiap potong halus
2. Bawang merah 2 biji
3. Bawang putih dalam 3 ulas
4. Cili kering dalam sengengam
5. Cili padi lebih dalam sengengam
6. Garam
7. Sedikit belacan
8. Minyak

Ok settle dengan bahan2 yg diperlukan. Jom kita start dengan cara2 membuatnya pula.

1. Rebus paru-paru yg telah dihiris halus , sehingga empuk dan kemudian asingkannya ketepi.
2.  Ambil bawang merah, bawang putih, cili kering dan cili padi blendkan sekali pastikan semua bahan tersebut itu sudah dipotong dan diutih.
3 . Panaskan minyak dalam kuali dan tunggu sehingga kuali panas.
4. Kemudian masukkan bahan2 yang telah diblend tadi kedalam kuali. Tumis sehingga masak.
5. Masukkan secubit garam dan gaul sehingga dia hancur.
6. Masukkan sedikit belacan
7. Akhir sekali masukkan paru2 yang telah direbus tadi kedalam kuali. Yes gaul kan sehingga rata dannnnnnn siap dihindangkan!

Ok mudah bukan? Yes apa lagi jom cuba resepi mudahh ini. Selamat mencuba dan menjamu seleraaaa !!




Friday, 8 December 2017

CEKODOK NINJA



Assalamualaikum and Hi everyone, ok hari ini sis nak share resepi yang boleh dijadikan sebagai minuman petang ataupun sarapan pagi.
Ok hari ini sis nak share resepi cara untu memasak CEKODOK PISANG NINJA. Ok jom kita start terus pada bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Cekodok Pisang ini.

Antara-antara bahan yang diperlukan adalah :-

1. Pisang Berangan
2. Gula
3. Minyak Masak
4. Tepung Gandum
5. Sedikit Air

Cara-cara untuk membuatnya pula :-

1. Pertama sekali, kopekkan kulit pisang dan lenyekkan bersama
   tepung gandum mengikut cita rasa.

2. Masukkan sedikit air supaya senang dilenyekkan.
3. Masukkan 1 sudu besar gula kedalam lenyetan.
4. Gaul sehingga rata.
5. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
6. kemudian, ambil lenyetan tadi dan bulat-bulatkannya lalu masukan
   kedalam kuali yang telah dipanaskan.


yeahh kemudian siap dihindangkan kepada keluarga tersayang. SELAMAT MENCUBA !!!
HTML Comment Box is loading comments...